Kurangkan Lemak dan Kembali Langsing

6059677

Risau dengan berat badan naik? Tiada saiz untuk beli pakaian baru? Berikut tip yang boleh diambil dan antara diet yang terbaik boleh dilakukan.

 

1. KURANG MAKAN DAGING MERAH 

redmeat

Daging mengandungi kandungan lemak tepu yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi di bahagian tulang rusuk. Bagitu juga dengan daging ayam. Bahagian paha dan kepak mengandungi lebih lemak berbanding daging putih di bahagian dada. Jadi, pilih dengan berhati-hati!

 

2. MASAK GUNA MINYAK ZAITUN 

olive-oil-lead-jug

Minyak zaitun boleh digunakan dalam masakan anda kerana ia tidak mengandungi bahan lemak tepu. Malah, penggunaan minyak zaitun memberikan banyak khasiat kepada makanan. Chef di Malaysia turut menggunakan minyak zaitun dalam masakan mereka.

 

3. ELAK MAKANAN BEKU 

150303-F-LB575-002

Masakan sejuk beku terkandung lemak tepu yang sangat tinggi. Anda disarankan untuk tidak mengambil minuman sejuk selepas makan. Apabila meminum minuman sejuk, lemak akan terkumpul di bahagian tertentu dan menjadi tepu sehingga sukar dibuang.

 

4. TAMBAH SUPLEMEN DALAM DIET 

1465-top-10-food-rich-in-omega-3-fatty-acids

Antara suplemen tambahan yang baik untuk kita adalah omega-3. Suplemen ini adalah sejenis asid lemak baik yang akan membantu melawan lemak tepu dan kolestrol jahat dalam badan. Omega-3 juga akan membantu mengawal keradangan dalam badan, kuatkan jantung dan penglihatan serta menaikkan mood seseorang. Omega-3 boleh diperoleh daripada jenis ikan seperti sardin, salmon dan kembung.

 

5. KURANGKAN PRODUK TENUSU 

dairy_products_1

Jika anda meminati keju, kurangkan pengambilan keju dalam setiap makanan anda kerana keju mengandungi lemak tepu yang banyak. Begitu juga dengan produk susu lemak penuh. Anda disarankan untuk menukar penggunaan keju kepada susu rendah lemak dalam masakan anda bagi menghidarkan masalah lemak tepu dalam badan.

 

6. KIRA JUMLAH LEMAK DIPERLUKAN

CaloriesCount-Post

Anda mungkin malas untuk mengira jumlah lemak dan kalori makanan yang diambil setiap hari. Namun, jadikan ianya rutin hingga anda berjaya menjumpai cara berkesan bagi mengurangkan lemak tepu dalam badan.

 

.

.

.

.

Sumber : Harian Metro 7 Mac & Google (gambar)

.

.

Ehh lepas dah langsing nanti mesti semua seluar dah tak padan kan? Kena keluarkan duit beli yang baru la ehh?

.

Haa apa kata beli je seluar KHADEEJA PALAZZO kami, tak perlu beli baru lepas dah langsing nanti sebab getah seluar ni ikut pinggang kita. Nak pakai masa exercise pun boleh tau. Best kan? Tengok >SINI<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest