Makanan Yang Bagus & Berkhasiat Untuk Ibu Mengandung

healthy-food (1)
Ibu mengandung memerlukan khasiat makanan yang tinggi berbanding normal bagi membantu perkembangan janin dalam rahim. Selain itu perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil selama tiga bulan pertama kehamilan turut mempengaruhi sensitiviti dan tahap stamina ibu. Jadi, pemilihan makanan yang bagus dan berkhasiat sangat penting. Pilihlah makanan yang kaya dengan asid folat, protein, vitamin dan mineral. Berikut adalah lima jenis makanan yang tidak boleh ditinggalkan oleh bakal ibu.

 

 

1. Sayur-sayuran

Di peringkat awal, kebanyakan ibu hamil akan mengalami morning sickness. Untuk mengatasi rasa mual, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau. Selain mengurangkan rasa mual, ia kaya dengan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. Sayuran hijau juga mengandungi mineral yang diperlukan oleh bakal ibu dan bayinya.

 

2. Produk tenusu

Ibu hamil memerlukan bekalan protein dan kalsium yang tinggi. Protein penting untuk pertumbuhan jaringan sel bayi dan memperbaiki jaringan yang rosak serta pembentukan otot. Sementara kalsium pula penting membantu pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan. Sumber protein dan kalsium yang mesti diambil oleh ibu hamil adalah produk tenusu seperti keju, yogurt, susu.

 

3. Buah-buahan

Ada ibu hamil yang hilang selera makan pada peringkat awal kehamilan. Buah-buahan antara yang boleh diterima oleh tekak mereka. Oleh itu teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkat stamina dan membekalkan tenaga. Selain boleh dimakan begitu sahaja, buah juga boleh diolah menjadi jus, sald dan smoothies. Buah banyak kandungan serat yang membantu menigkatkan metabolisme dan kekebalan badan.

 

4. Bijirin

Makan bijirin setiap hari amalan yang baik untuk ibu hamil. Ini kerana bijirin mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan.

 

5. Kekacang

Seperti diketahui, khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. Kekacang kaya dengan kandungan protein yang membekalkan tenaga untuk ibu. Selain dari itu kandungan asid folik dan vitamin B juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.

 

6. Makanan laut

Pembentukan otak janin bermula sejak awal kehamilan. Oleh itu ibu disarankan makan banyak makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi proetin bagi membantu pembentukan otak janin seperti ikan, udang, sotong.

 

 

Sumber : Majalahpama.my

.

.

.

Pertama kali hamil? Tak tahu mana nak cari seluar yang boleh dipakai semasa awal mengandung sehinggalah lepas bersalin? Jangan risau, mari kami tolong anda. Klik >SINI<  🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest