Material Fabrik Yang Tak Panas & Selesa Dipakai Sepanjang Ramadhan (kurangkan dehydration)

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-6 kita berpuasa, bagaimana 6 hari yang anda semua? Semoga puasa kita semua mendapat berkat & pahala.
.
Ada di antara kita mengalami dehydration yang teruk semasa berpuasa, jadi bagaimana untuk kurangkan masalah dehydration ni? Okay salah satunya ialah dengan pemilihan material fabrik yang betul untuk dipakai sepanjang bulan Ramadhan ni. Bunyi macam tak percaya je kan tapi yes, benda ni memang ada effect ya. Kalau kita salah pilih material fabrik kita akan jadi tak selesa dan secara tak langsung kita akan jadi lebih letih dan dehydrate sebab panas kan.
.
2016110461112729
.
Tapi sebelum tu lebih baik jika kita dapat mengenali jenis-jenis fabrik terlebih dahulu. Fabrik diperbuat dari pelbagai bahan mentah yang boleh diperolehi dari alam semualajadi atau buatan manusia atau campuran kedua-duanya.
.
.
Fabrik Semulajadi
.
Dihasilkan dari kulit haiwan, kepompong ulat sutera, atau biji tumbuh-tumbuhan, daun dan batang. Mempunyai aliran udara yang baik dan tidak menyebabkan ruam selain daripada lembut dan tahan lama. Kain semula jadi adalah pilihan yang terbaik untuk semua orang. Ia tidak berubah warna dari cahaya UV dan tidak panas. Jadi disebabkan fabrik semulajadi ni tidak panas, so sesuailah untuk dipakai sepanjang berpuasa. Jom kita tengok antara jenis-jenis fabrik semulajadi yang boleh dipakai. 🙂
.
.
Jenis-jenis fabrik semulajadi yang selesa dan tidak panas :
.
.
1. Cotton Fabric / Kain Kapas
.
.
cotton-silk-baju-kurung-pahang-crepe-plain-9510-h8-coffee-cottonandsilkmy-1702-08-F160066_1 11358102_499084246907931_401135630_n
1076017273_832
contoh fabrik cotton
.
Okay first sekali ialah kain yang mesra pengguna dan sesuai dengan pelbagai jenis iklim iaitu Cotton Fabric/Kain Kapas. Pada musim panas kain kapas ni menyejukkan badan dan menyerap peluh dengan mudah dan ia memberikan rasa hangat jika dipakai pada musim sejuk. Jadi memang sesuailah untuk dipakai sepanjang bulan Ramadhan ni sebab fabriknya yang tidak panas dan si pemakai akan lebih selesa sepanjang berpuasa.
.
.
2. Silk Fabric / Kain Sutera
.
yellow silk fabric LAYLAA-G-533x800
contoh fabrik sutera

.

Yang kedua pula dikenali sebagai kain semula jadi yang paling kuat di dunia. Terkenal dengan kelembutan, berkilau, cantik dan berpenampilan mewah, kain sutera adalah salah satu gred fabrik yang tinggi memberikan keselesaan kepada si pemakai dalam semua jenis cuaca. Menyejukkan tubuh pada musim panas dan menghangatkan di musim sejuk.

.

Fabrik Sintetik / Fabrik Buatan Manusia

.

Diperbuat daripada bahan-bahan bukan organik atau bahan organik digabungkan dengan bahan kimia. Sifat2 fabrik sintetik bergantung kepada tujuan ia dihasilkan. Ada yang ringan, halus, menyerap kelembapan, cepat kering dll.

.

Jenis-jenis fabrik sintetik yang selesa dan tidak panas :

.

1. Chiffon

.

chiffan_silk_250x250 487243_884470
contoh fabrik chiffon
.
Rasanya ramai yang kenal kan dengan fabrik jenis chiffon ni. Kebanyakannya digunakan untuk gaun pengantin dan baju kurung moden serta juga muncul dalam pakaian malam, gaun prom, dan tudung. Chiffon ni sangat selesa dan tak panas sebab kainnya yang nipis. Chiffon boleh diperbuat daripada pelbagai bahan seperti sutera, poliester, atau rayon.
.
.
2. Akrilik
.
acrylic_fabric_interlock_fabric_t-shirt_fabric
contoh fabrik akrilik
.
Kain akrilik juga boleh dirujuk sebagai bulu tiruan. Kegunaan utama kain akrilik adalah sebagai t-shirt. Kain akrilik ni terkenal dengan memberi keselesaan buat si pemakai. Akrilik juga tidak pudar dalam tempoh yang lama.
.
.
3. Kenali Kain Crepe
.
kain-crepe IMG_5599-1
contoh fabrik chiffon

.

Sejenis kain yang nipis dan lembut dengan permukaan yang bergerutu, ia mudah digosok dan tidak mudah berkedut. Kain crepe ini bersifat jatuh , senang untuk dibentuk, selesa dan tidak panas. Tidak peliklah ramai yang memilih fabrik ini untuk dijadikan baju.

.

.

TIPS EKSTRA !

.

.

Selain pemilihan fabrik yang betul, ada jugak point-point lain yang kita kena ambil kira supaya kita lebih selesa sepanjang berpuasa dan tidak dehydrate, especially kalau waktu cuaca panas.

.

.

1. Penggunaan Warna

.

Shabby-Color-Scheme-Rooang Screenshot_124

contoh rona-rona pastel & cerah

.

Ramai yang mengetahui fakta bahawa rona-rona pastel dan cerah memantulkan cahaya dan haba, membuatkan badan anda sentiasa nyaman. Sebaliknya rona-rona gelap yang secara umumnya, menyerap haba lebih banyak dari warna-warna pastel dan cerah itu tadi, lalu membuatkan si pemakai merasa rimas dan mudah pula berpeluh.

Bagaimana pula dengan impak penggunaan warna, adakah ia juga mampu memberi kesan?

Ya sudah tentu. Warna-warna hangat seperti warna merah mampu membuatkan si pemakai juga mereka yang di sekelilingnya merasa bahang ‘kehangatan’, malah mudah berasa gelisah dan boleh menimbulkan kemarahan.

Apa agaknya yang bakal terjadi jika anda mengenakan warna hangat seperti merah ini di dalam cuaca yang sudah pun membuatkan kita berasa tidak selesa? Jadi sebaiknya elakkan lah memakai pakaian yang berwarna hangat ni ya.

.

.

2. Butiran Pada Pakaian

.

 f56a55be4fb4910b9982e9d0d2f56771

contoh pemakaian yang simple tanpa sebarang perincian sarat seperti manik, renda dan sebagainya

.

Apa sahaja hiasan di baju seperti manik atau perincian seperti manik, renda yang dihias labuci, bunga kerawang bukan sahaja boleh membuatkan pakaian tersebut memberat ke bawah, malah lebih mudah pula melekat dekat dengan kulit.

Ini menyebabkan si pemakai mudah menjadi tidak selesa dan dengan badan memerangkap haba, ia boleh membawa kepada anda berpeluh lebih banyak lagi.

.

.

3. Kurangkan Penggunaan Aksesori

.

custom-tote-bag women-cross-bag-4

contoh tote bag & small cross bag

491805_665334_568266_1

kurangkan aksesori-aksesori yang sarat

.

Bak kata istilah fesyen Less is more, begitu jugalah saya cadangkan kepada anda yang gemarkan menggunakan fesyen aksesori ini. Semasa berpuasa, tambah-tambah lagi dalam cuaca panas, cuba kurangkan penggunaan aksesori dari biasa.

Rantai atau chain boleh melekat pada kulit, aksesori yang berat pula boleh membuatkannya berpaut kepada baju si pemakai atau mungkin hijab di kawasan dada, memerangkap haba, dan gelang pula menutup sebahagian pergelangan tangan yang merupakan titik nadi dan kawasan penyejukan pada badan. Selain aksesori fesyen, beg seperti beg sandang juga tidak begitu digalakkan. Walaupun kedengaran agak ideal untuk membawa sejumlah barang anda di dalam sebuah beg sandang, ia sebenarnya membuatkan bahagian belakang anda mudah berpeluh.

Sebaliknya, pilihlah beg silang (crossbody) kecil atau tote, dan cuba kecilkan jumlah barangan yang perlu anda bawa bersama sepanjang hari.

.

.

4. Pilih Pakaian Yang Sedikit Longgar Tetapi Masih Berwibawa

.

f8c5725a55195c099317e340d908103c

contoh pemakaian yang longgar tapi still tampak elegan

.

Bila disebut pakaian longgar, ramai yang beranggapan ia haruslah satu atau dua kali saiz besar dari saiz badan biasa. Perlu diingat, walaupun berpuasa dalam keadaan cuaca panas dan terik sebegini, imej peribadi juga harus dijaga. Kredibiliti haruslah menjadi keutamaan berbanding keselesaan. Jika anda seorang individu yang mementingkan gaya profesional, sentiasa nampak kemas dan yakin dalam penampilan, pilihan biarlah bersesuaian dengan waktu jemputan atau mesyuarat (pagi/petang).

Pilihan yang lebih longgar kebiasaannya merujuk kepada pakaian yang lebih kasual dan tidak rasmi (tidak formal) dan sesuai ketika berhujung minggu dengan teman ataupun keluarga. Pemilihan baju yang ketat pula membuatkan anda berasa panas dan berpeluh lebih pula.

Jadi eloklah membuat strategi awal dengan mengenalpasti penggayaan gaya yang sesuai dengan anda mengikut faktor-faktor yang disebut di atas juga mesej pakaian yang anda ingin tonjolkan.

.

.

5. Menutupi Sebahagian Besar Badan

.

IMG_4319 (2)-250x250

contoh pemakaian yang menutupi sebahagian besar badan ( tangan tidak terdedah )

.

Walaupun kedengaran seperti memberikan jawapan yang bertentangan dengan kesan yang dimaksudkan, menutupi kawasan yang terdedah kepada matahari sebenarnya akan membuat badan anda bertambah sejuk (rujuk kepada jenis fabrik yang perlu anda gunakan bagi mendapat impak yang lebih berkesan)

Pendedahan secara langsung kepada sinaran cahaya matahari bukan sahaja akan meningkatkan suhu badan, tetapi juga boleh meninggalkan kesan ‘terbakar’ kepada sesetengah individu.

Disaran memakai lengan panjang, pakaian yang lebih ringan (lightweight) apabila anda akan berada di luar untuk melindungi diri anda daripada sinaran matahari yang membahayakan ini.

.

.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa ya sepanjang Ramadhan ni 🙂

.

.

.

.

Sumber : utusan, jurnalmalaysia, dobiharum

.

.

Anda mencari seluar yang SELESA untuk dipakai sepanjang berpuasa? Dengan material SOFT COTTON yang sangat selesa tau. Boleh check it out sini > SELUAR SELESA <

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest