‘Monday Blues’ : Punca dan Cara Mengatasinya

Concept of stressed busibnessman at work

 

Sindrom ‘Monday Blues’ selalu dikaitkan dengan perasaan malas terutama kepada mereka yang bekerja ataupun pelajar setelah menikmati cuti hujung minggu ataupun cuti yang panjang. Adakah anda biasa dengar rakan-rakan anda mengadu dan merungut tentang kemalasan mereka bekerja pada hari Isnin?

Berikut adalah kemungkinan punca utama menyebabkan seseorang mengalami sindrom ‘Monday Blues’ dan cara untuk mengatasinya.

 

Punca : Tidak Cukup Rehat atau Tidur 

 

2

Kebiasaan kepada mereka yang bekerja di pejabat dan terikat dengan waktu kerja bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, mereka akan mengambil kesempatan untuk keluar bersama rakan ataupun keluarga pada hari Sabtu sehingga lewat malam. Malah ada juga sesetengah daripada mereka yang suka menghabiskan cuti mereka dengan menonton televisyen sehingga lewat malam kerana mereka fikirkan mereka tidak perlu bangun awal pada keesokkan harinya. Jadi, perkara ini berlanjutan hingga malam Ahad dan membuatkan mereka sukar untuk tidur dan bangun awal. Tidak mendapat rehat dan tidur yang mencukupi akan menyebabkan mereka berasa serba tidak kena, kurang segar dan tiada mood bekerja pada keesokkan harinya.

Cara mengatasinya

Cara untuk mengatasi ‘Monday Blues’ setiap kali tibanya Isnin ini cukup mudah. Anda digalakkan tidur awal pada setiap Ahad malam seawal 10.30 malam. Kalau boleh, bersiap sedia untuk tidur tanpa gangguan gajet seperti telefon bimbit. Secara lazimnya, setiap orang memerlukan waktu tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari. Jadi, apabila tidur awal, anda akan semula jadi dapat bangun awal keesokkan harinya.

 

Punca : Tersilap Kerjaya 

 

02C83122

Anda mementingkan tidur dan rehat yang cukup. Namun, masih mengalami sindrom ‘Monday Blues’. Mengapa agaknya? Perasaan ini boleh terjadi apabila anda berada dalam situasi anda melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak serasi dengan diri, personaliti dan minat anda.

Cara mengatasinya

Kenali diri, personaliti, minat, kekuatan, kelemahan serta potensi yang ada dalam diri anda. Melalui ini, anda akan mengetahui kecenderungan personaliti dan minat anda. Dan, anda boleh mula membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan potensi dan personaliti anda yang akan menjanjikan kepuasan dan kejayaan dalam jangka masa panjang.

 

Punca : Bila Bos Jadi Puncanya

 

Human-Resources-LFGSM-Toxic-Workplace-MBA-Chicago1-704x349

Isu menjadi rumit apabila majikan itu sendiri yang membuatkan seseorang itu menjadi tertekan, hilang minat atau semangat untuk bekerja. Permulaan isu biasa dengan salah faham antara pekerja dan majikan berkemungkinan boleh bertukar menjadi berat sampai ke tahap pembulian.

Cara mengatasinya

Cara yang paling mudah untuk memperbaiki perselisihan faham yang akan mewujudkan rasa stres antara pekerja dan majikan adalah dengan berkomunikasi secara telus dengan majikan tersebut. Perselisihan faham dan ketidakserasian mudah terjadi apabila kedua-dua belah pihak tidak cukup mengenali peribadi masing-masing. Jadi, kedua-duanya perlu fokus kepada kelebihan dan potensi dalam diri setelah mengenali antara satu sama lain.

.

.

.

.

Sumber : Jelita (jelita.com.my) & Google (Gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest