Nak Kurus Dengan Cepat Selepas Bersalin? Cuba Cara Ni

“Cantiknya badan dia walaupun baru lepas bersalin. Hissh… apalah rahsianya dapat kurus dengan cepat!”

Mungkin itulah yang terdetik di hati anda apabila melihat rakan anda yang masih kekal langsing walaupun lepas bersalin.Sudah tentu terdetik juga rasa cemburu melihat kesempurnaan bentuk tubuhnya itu. Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana si ibu yang sudah melahirkan anak masih kekal langsing. Apakah rahsia mereka?

Bagi anda yang ingin mengetahui tips kurus dengan cepat dan kembali mendapatkan tubuh persis anak dara selepas bersalin, baca artikel yang disediakan oleh WOM.my ini sampai habis.

 

Baby Yoga

Apakah tempoh yang sesuai untuk memulakan proses mengurangkan berat badan selepas bersalin?

 

Sebelum anda memulakan proses mengurangkan berat badan selepas bersalin,anda perlu ingat bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan. Oleh itu, anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengembalikan berat badan anda sebelum hamil. Jangan terlampau memaksa diri anda untuk kurus dengan cepat selepas bersalin.

Berikan sedikit masa bagi badan anda pulih sepenuhnya daripada proses kelahiran. Sebaiknya eloklah anda tunggu paling kurang enam minggu sebelum anda berfikir untuk menguruskan badan.

Buat sementara itu anda boleh memulakan beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Kira-kira enam minggu selepas proses kelahiran barulah anda sesuai untuk melakukan senaman yang lebih kuat.

 

Tips Untuk Kurus Dengan Cepat & Sihat Selepas Bersalin

 

1. Diet yang Berkhasiat

Diet yang berkhasiat sememangnya akan mempercepatkan proses penurunan berat badan anda. Pada masa ini,anda haruslah mengurangkan makanan yang bergoreng,makanan segera dan minuman bergas kerana makanan dan minuman tersebut mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.

Sebaliknya,amalkan makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan juga mengambil makanan yang makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, dan bijirin dalam diet anda. Pastikan hidangan makanan anda juga mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta.

Paling penting,anda diingatkan jangan sesekali meninggalkan sarapan anda kerana ia boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenga berlaku lebih cepat. Kawal juga saiz hidangan anda dan kekerapan anda mengambilnya pada waktu makan.

 

2. Bertungku

Selepas bersalin perut ibu lebih mudah membuncit dan menggeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Oleh itu,kaedah bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas sangat sesuai untuk dilakukan. Tujuan bertungku ini adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian lain.

 

3. Berbengkung

Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan ‘jatuh’ dan juga mengecutkan semula rahim. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian ‘girdle’ juga boleh digunakan untuk mengembalikan tubuh badan anda kepada bentuk asal.

 

4. Berurut

Berurut adalah bertujuan untuk memulihkan kesegaran badan,melancarkan peredaran darah,membuang angin,membetulkan urat,memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

 

5.‘Breastfeeding’

Penyusuan sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan kerana ia dapat membakar 500 kalori setiap hari hanya dengan menyusu.

Sepanjang tempoh penyusuan,anda harus berhati-hati memilih makanan dan jangan mengamalkan diet yang ketat kerana ia boleh memberi kesan kepada susu badan anda dan anak anda. Perlu diingatkan bahawa penyusuan badan tidak menghalang anda untuk mengamalkan diet, tetapi pastikan kalori anda tidak terbuang melebihi 1800 kalori sehari.

Kelebihan menyusu yang lain adalah ia membantu mengecutkan rahim si ibu selain mengembalikan bentuk badan yang asal.

 

6. Senaman

Senaman ringan boleh dilakukan untuk mengembalikan otot-otot yang telah kendur. Berjalan kaki adalah senaman awal yang terbaik. Jangan manjakan diri anda,pastikan anda bergerak dan melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Tetapi cukup sekadar kerja rumah yang ringan sahaja kerana anda masih dalam tempoh pemulihan selepas bersalin. Jika anda sudah melepasi tempoh berpantang,anda bolehlah mengamalkan senaman harian dengan cara naik turun tangga dan juga senaman lain yang dirasakan sesuai.

Kurus dengan cepat secara sihat, itu yang sebaiknya para ibu selepas bersalin amalkan.

.

.

.

.

Kredit : wom

.
.
.
Tercari-cari seluar yang boleh dipakai dari awal mengandung sampai lah berpantang? Meh tengok sini >> http://www.thepalazzoexpert.com/promo-khadeeja-palazzo/ <<

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest