Pakaian Yang Sesuai / Praktikal Dipakai Untuk Travel

travel-preparations-on-wooden-table_4dd75450-df14-11e6-a538-54bd197a5a1b

 

Pakaian traveling (Travel Wear) adalah benda yang paling membingungkan bila dah tiba waktu nak packing. Walaupun kita dah tahu tujuan perjalanan, tapi tetap rasa bingung tak tahu nak bawa baju apa atau yang mana. Rasa macam nak bawa satu almari pun ada betul tak?  Sebabnya rasa macam nak bawa semua baju yg ada.

Tapi yang penting, kita kena la pilih dan bawa pakaian yang memudahkan dan selesa untuk kita sepanjang waktu travel tu. Jom kita tengok pakaian yang macam mana yang sesuai dan praktikal untuk dipakai masa travel.

 

(1) Elakkan pakaian yang ketat

 

6e9f6e44e00efb36646ef32a2dbed85d

 

Untuk lebih mudah bebas bergerak, sebaiknya pakailah pakaian yang longgar dan yang menyerap peluh. Pakaian yang ketat semasa bercuti ada pilihan yang kurang baik. Contohnya, jaket yang fit dengan body. Lebih baik pakai pakaian yang longgar dan yang memberikan keselesaan kepada anda untuk bergerak. Peluh yang berlebihan dengan pakaian yang ketat sangat lah tidak selesa. Trust me.

 

(2) Pemilihan blaus yang betul

 

3fdb2f84ea37e40022c4806702611631

 

Pemilihan blaus yang sesuai harus dititik beratkan, jika anda melawat negara yang mempunyai iklim tropika dan panas, bawalah corak yang lebih neutral. Elakkan penggunaan warna hitam kerana warna hitam lebih menyerap haba. Fabrik yang sesuai seperti kapas juga dilihat lebih praktikal kerana ia menyerap peluh. Potongan longgar lebih sesuai kerana memberikan keselesaan yang maksimum.

 

(3) Baju kait

 

26b958665385b45bd5041ef721eca30c

 

Kalau anda nak ke negara yang beriklim sejuk, baju kait amat penting untuk menahan tubuh anda daripada kesejukan. Pilih lah baju kait yang sesuai dengan anda yang tidak terlalu besar agar anda tetap tampil stylish. Pilih corak-corak yang menarik seperti cetakan Aztec ataupun warna-warna yang segar seperti rangkaian warna pastel. Pasti hari-hari percutian anda lebih ceria.

 

(4) Seluar yang sesuai

 

f8c5725a55195c099317e340d908103c

 

Pelbagai jenis seluar harus anda bawa sepanjang percutian, semuanya akan dipakai mengikut kesesuaian acara. Jeans merupakan item wajib anda bawa, item ini boleh dipadankan dengan apa sahaja top yang anda miliki. ‘Sweat pants’ ataupun seluar bersenam mungkin molek juga untuk anda yang gemarkan berjalan untuk mengembara hutan-hutan bagi melihat keindahan alam. Salah satu jenis seluar iaitu Palazzo juga harus anda bawa. Kerana seluar ini mempunyai bukaan kaki seluar yang besar yang mampu memberikan keselesaan maksimum kepada anda.

 

house

Mye pokuk

Mye Reddy

Antara Palazzo yang sesuai dipakai travel dari The Palazzo Expert

(5) Dress labuh

 

38dc95e861a7bb5ee14d7062186d1bc0

 

Item seperti dress labuh bukanlah bermakna anda harus membawa gaun malam, dress labuh seperti ‘maxi dress’ dan juga kaftan adalah pilihan utama yang wajib ada sepanjang percutian, siapa tahu anda ada event atau majlis di tepi kolam ataupun pantai, item ini boleh menyelamatkan gaya. Pemilihan dress maxi yang kosong tanpa corak dilihat lebih praktikal supaya boleh digandingkan dengan aksesori-aksesori agar tidak kelihatan sarat. Untuk padanan kaftan pula corak-corak flora membangkitkan nilai feminin anda.

 

(6) ‘Outerwear’

 

7e41ca2027b8af639790d7194079cfe0

 

‘Outerwear’ ataupun pakaian luar boleh menjadi kunci keseluruhan gaya. Jika bertandang ke negara sejuk pilihlah yang tebal untuk menahan kesejukan, perincian seperti bulu pada hud dilihat sebagai satu penyataan fesyen yang mampu memberikan efek mewah. Selain jaket sejuk, kardigan juga merupakan satu item yang senang dibawa, pilih sahaja yang mempunyai potongan pendek ataupun labuh padankan dengan item seperti blaus dan jeans.

 

(7) Baju renang?

 

hipwee-renang-3

 

Haa bawalah sekali set baju renang hijab anda. Manalah tahu hotel yang anda nak menginap tu ada swimming pool. Boleh la mandi-manda. Buka setakat swimming pool, boleh jugak pakai mandi atau main maina air di pantai kalau pergi bercuti di tepi pantai kan. Tak ada la cemburu tengok orang lain je kan mandi pantai. Hehehe.

 

(8) Kasut

 

20160922_151052 a74a199c8010fe068c06480f0f52549a

 

Untuk lebih selesa, pilih lah kasut yang memiliki tapak rata atau kasut ‘flat’. Sandal juga dilihat praktikal untuk anda yang gemar berjalan kerana tidak akan menyakitkan kaki anda. Pilih yang mempunyai perincian tampak mewah seperti batuan dan juga stud. Jika melancong ke negara beriklim sejuk, but dilihat sebagai pelindung kaki yang paling sesuai untuk digayakan.

 

(9) Aksesori

 

9aded8315b57661896ba24943082a7e7 5510b53a752dad636aa59a65_m

 

Apabila bercakap tentang aksesori, skopnya boleh menjadi terlalu besar. Apa kata kita ceraikannya kepada beberapa item seperti topi, kaca mata dan juga gelang atau rantai. Bagi melindung diri daripada sinar suria topi besar anyam adalah praktikal, tak perlu pilih yang mempunyai perincian yang besar seperti bunga, cukup sekadar warna seperti hitam, putih atau coklat agar sesuai dipadankan dengan pakaian. Kaca mata besar pula perlu jika anda gemar bersantai di pantai. Aksesori seperti gelang dan rantai cukup dibawa sedikit untuk dipadankan dengan baju atau dress agar tidak kelihatan terlalu bosan dan ringkas.

 

(10) Gaya hijab yang ringkas

 

f56a55be4fb4910b9982e9d0d2f56771 0efb50f75db6d095e761abf02898d863

 

Gaya hijab anda semasa traveling sebaiknya adalah yang mudah dan selesa, yang tak perlu dipakai dengan mengikut tutorial. Kita mesti la tak nak benda yang renyah (menyusahkan) kan masa travel. Tambah pula kalau dah ada itinerary yang padat. Supaya tak terjadi benda macam ni, anda boleh menyingkat masa dengan memakai hijab dengan gaya yang simple je.

 

TIP EKSTRA !

Setelah segala pemilihan pakaian dilakukan, anda harus mengetahui bagaimana cara untuk melipatnya untuk penyimpanan agar ruang bagasi dapat dijimatkan. Melalui cara ini anda tidak perlu membawa lebih banyak bagasi semata-mata untuk baju ekstra. Jom follow step dalam gambar di bawah ni ya 🙂

 

10505148_669227339814711_3289816667882478344_o

10430387_669227469814698_3667546107869482332_n

10494821_669227759814669_13276228288423533_n

10421287_669227933147985_189024359522310700_n (1)

10482584_669228143147964_7479041951893145133_n

10476503_669228413147937_2875205408158021635_n

10352273_669228603147918_631197306309107223_n

10387292_669228696481242_8797287668255550743_n

10455317_669228843147894_7997774572109358520_n

Haa dah siap ! Senang kan? Ruang pun dapat jimat banyak. So anda dah tak perlu lagi dah pening-pening tentang pakaian apa yang sesuai dibawa travel. Hope dapat membantu anda yang bercadang nak pergi travel tu ya 🙂

.

.

.

.

Kredit : Nona, Hipwee, Google (image)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest