Perlu Ke Makan Sebelum Bersenam?

images (1)

Untuk mendapatkan senaman yang berkualiti, anda perlu mahir dalam bezakan keperluan pre dan post-workout yang bergantung kepada objektif senaman.

 

Bakar Lemak 

Jika matlamat anda adalah untuk membakar lemak, jangan ambil makanan dan minuman berkarbohidrat beberapa jam sebelum/semasa senaman kardiovaskular (jogging, aerobik dan sebagainya). Pastikan intensiti senaman tidak tinggi atau dalam lingkungan 60% kadar maksima degupan jantung.

 

Tingkatkan Stamina 

Jika anda menggemari senaman seperti High Intensity Interval Training (HIIT) atau aerobik impak tinggi, pastikan anda mengambil hidangan sebelum bersenam untuk memenuhi bekalan glycogen sebagai sumber tenaga. Tanpanya, badan tidak akan mampu membakar lemak dan terpaksa menggunakan glycogen yang terkandung dalam otot.

 

Senaman Pemberat 

Anda wajib makan sebelum senaman pemberat atau weight training. Sama seperti HIIT, badan tidak sempat memecahkan lemak sebagai sumber tenaga dan perlukan tenaga yang cepat daripada belakang glycogen badan. Pastikan anda makan atau minum 30 minit sebelum dan selepas bersenam. Untuk senaman pemberat, nisbah protein karbohidrat yang disyorkan adalah 1:2 (kalau 10g protein, ambil 20g karbohidrat). Pilihlah kombinasi karbohidrat yang mudah dan yang lambat hadam supaya ada bekalan sepanjang masa. Minum air berglukos juga disyorkan semasa bersenam tetapi kepekatannya tidak sepekat air isotonik biasa. Campurkan sedikit air untuk kurangkan kepekatan.

 

Jangan sesekali lupa atau abaikan keperluan air semasa bersenam tidak kira apa jua objektif senaman anda.

.

.

.

.

Kredit : kevinzahri.com & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

.

.

Ehh jap, dah ada ker seluar yang sesuai untuk bersenam? Haa kalau takda lagi meh usha >SINI< . Sesuai juga untuk pakai bersenam ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest