Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

petua-hilangkan-kesan-dakwat-pada-pakaian

Ibarat mimpi ngeri bila terperasankan dakwat pada pakaian. Sesiapa yang pernah berdepan dengan masalah ini tentu akan mengakuinya. Cucilah pakaian itu berkali-kali sekalipun, memang susah sangat nak hilangkan kesan dakwat tersebut. Rasa macam nak buang je pakaian tersebut ke dalam tong sampah kan.

Ehh tapi jangan buang dulu, cuba buat dulu petua kat bawah ni ok 🙂

Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian

1) Titiskan sedikit cuka ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan untuk beberapa minit kemudian gosok-gosok dengan jari di atas kesan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali sehingga tiada lagi kesan dakwat. Selepas itu cuci pakaian tersebut seperti biasa.

 

2) Campurkan sedikit garam halus dan beberapa titis jus limau nipis ke atas kesan dakwat pada pakaian anda. Biarkan beberapa minit sebelum anda gosokkan dengan jari ke atas kesan dakwat. Ulangi beberapa kali untuk menghilangkan kesemua kesan dakwat. Kemudian barulah cuci pakaian tersebut seperti biasa.

 

3) Ambil sedikit susu tepung dan bancuh dengan air. Sapukan bancuhan susu itu ke atas kesan dakwat dan biar sehingga kering. Selepas itu cuci pakaian tersebut dengan air bersih untuk menghilangkan kesan susu.

 

4) Selain itu anda juga boleh sembur penyembur rambut pada kesan dakwat di pakaian anda. Biarkan kering. Kemudian ambil sebaldi air dan tuangkan beberapa titis cuka. Rendamkan pakaian tersebut untuk beberapa minit. Kemudian barulah cuci dengan air bersih.

 

Biarpun Petua Hilangkan Kesan Dakwat Pada Pakaian ini nampak mudah dilakukan, tetapi harus diingatkan kemungkinan ada jenis fabrik yang tidak sesuai untuk mengunakan petua-petua ini.

.

.

.

.

Kredit : notawanita

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest