Petua Hilangkan Sakit Ulser

herpes-usne

Benda yang paling akan membuatkan mood anda ‘turn off’ bila anda terpaksa berhadapan dengan sakit ulser pada bibir anda. Mana tak nya, nak bercakap pun susah apatah lagi kalau nak mengunyah.

Sakit itu tak boleh nak diungkap dengan kata-kata tau! Ada segelintir orang kata kalau nak hilangkan ulser kena kumur dengan air garam tetapi persoalannya, menjadi ke? Mungkin ya, mungkin tidak kerana ia bergantung pada individu itu sendiri.

Jom kita tengok antara petua-petua yang boleh diamalkan ketika anda mengalami sakit ulser. Antaranya :

 

  • Elakkan makanan masam

Tahu kenapa? Kerana ia boleh menyebabkan  irritation pada permukaan kulit bibir dibahagian dalam yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi.

 

  • Vitamin B

Kalau anda seorang yang kurang zat besi atau B12 akan lebih senang untuk mengalami ulser dan ia akan tumbuh makin parah. Supplement yang mengandungi vitamin B12, supplement B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser anda.

 

  • Air dan baking soda

Air dan baking soda yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih kerana ini menunjukkan ia sedang ‘bekerja’ untuk merawat ulser anda. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

 

  • Air kelapa

Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk.

 

  • Air dan garam

Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumurkan air garam selama 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.

 

  • Vitamin C

Vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. So, banyakkan ambil makanan yang mengandungi Vitamin C ye!

 

SELAMAT MENCUBA!

.

.

.

.

Sumber : Wanista

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest