Petua Merawat Tumit Kaki Yang Pecah

Anda mengalami masalah tumit kaki pecah? Selain menggunakan krim yang dijual di pasaran, anda juga boleh mencuba beberapa petua merawat tumit kaki pecah menggunakan bahan semulajadi.

 

cracked heel_02

Cara Merawat Tumit Kaki Yang Pecah

 

1) Lumur tumit kaki dengan sedikit asam jawa. Gosokkan perlahan kemudian rendamkan kaki anda dalam besen yang berisi air suam dan garam bukit. Amalkan secara kerap sehingga masalah tumit kaki pecah berjaya dirawat.

 

2) Ambil beberapa butir nasi dan lenyekkan kemudian tampal pada bahagian tumit yang merekah. Amalkan setiap hari.

 

3) Ambil sebiji bawang merah dan perahkan jusnya. Sapu jus tersebut ke bahagian tumit yang merekah. Amalkan sekali sehari sehingga tumit kaki kembali licin.

 

4) Gosokkan buah belimbing buluh pada bahagian tumit kaki anda. Biarkan seketika kemudian gosok menggunakan kain untuk menyingkirkan sel kulit mati.

 

5) Ambil sehelai daun sirih dan dicampurkan air. Ramas daun sirih untuk mendapatkan jusnya. Sapukan pada tumit kaki anda yang merekah setiap dua kali sehari.

 

6) Ambil satu besen berisi air. Masukkan beberapa keping asam gelugur dan sedikit cuka. Kemudian rendamkan kaki anda untuk beberapa minit. Amalkan secara kerap untuk melihat hasilnya.

 

Ini antara 6 Petua Merawat Tumit Kaki Yang Pecah yang boleh anda cuba di rumah. Bahan-bahannya mudah didapati dan hasilnya juga memuaskan. Apa yang penting adalah anda amalkan petua-petua tersebut secara konsisten.

.

.

.

.

Kredit : notawanita

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest