Pilih Cincin Kahwin Yang Sesuai Untuk Hari Bahagia Anda

452502111

“Membeli cincin kahwin merupakan salah satu elemen penting dalam sesebuah perkahwinan. Rasanya seperti tidak lengkap sesebuah perkahwinan jika tidak memberikan cincin kahwin, samada untuk pengantin perempuan mahupun pengantin lelaki.”

 

Boleh dikatakan, cincin merupakan simbolik ikatan sesebuah perhubungan yang diamalkan oleh kebanyakan adat di dunia. Malahan, ia juga sebagai tanda mudah yang bermakna anda sudah berpunya.

Dalam majlis perkahwinan, setelah selesai akad nikah,simboliknya adalah pasangan lelaki dan wanita saling menyarung cincin antara satu sama lain sebagai tanda memulakan hubungan sah suami isteri.

Jika anda bakal pengantin yang sedang mencari-cari cincin kahwin,pastinya anda  tertanya-tanya samada mahu membeli cincin emas kuning ataupun emas putih. Rambang mata pula jadinya ketika mahu membuat pilihan cincin kahwin.

Tetapi, jangan pening-pening ya. Jom, baca beberapa tips memilih cincin kahwin untuk hari bahagia anda. Mungkin tips ini dapat membantu anda sebagai bakal raja sehari membuat pilihan.

 

Cara  Terbaik Memilih Cincin Kahwin

 

1. Elak daripada tersalah memilih cincin

Antara soalan yang kerap bermain di minda bakal pengantin adalah samada mahu membeli emas putih dan emas kuning. Rata-rata pengantin tambahan wanita muda kini lebih gemar memilih emas putih  berbanding emas kuning dengan alasan untuk tampak lebih bergaya dan elegan. Keselesaan anda untuk menyarungkannya di jari manis anda selamanya boleh memudahkan anda untuk membuat pilihan.

 

2. Kesesuaian cincin dengan fizikal

Pemilihan antara emas putih dan emas kuning ini sendiri memainkan peranan yang perlu anda sesuaikan dengan ciri fizikal anda seperti warna kulit, saiz atau bentuk jari anda sama ada runcing, lebar, besar, kurus dan sebagainya.

Emas putih membawa makna sesuai dengan semua orang  sama ada orang tersebut berkulit putih atau sebaliknya. Manakala untuk emas kuning pula, ia akan tampak menarik dan cantik disarung pada mereka yang berkulit putih.Namun penting untuk anda sarungkan terlebih dahulu cincin tersebut untuk mengetahui kesesuaian dengan jari pasangan anda.

 

3. Kenalpasti bahan buatan

Terdapat pelbagai pilihan untuk bahan buatan cincin kahwin tersebut. Samada  emas kuning, emas putih, perak, ataupun platinum. Platinum merupakan bahan buatan  yang termahal, namun ia paling tahan lama berbanding yang lain. Kebanyakan pasangan sekarang lebih memilih emas putih kerana ia tidak terlalu berbeza dengan cincin biasa dan harganya pula tidak semahal platinum.

Namun, sebaik-baiknya pihak lelaki belikan cincin kahwin untuk pasangan anda 58b3fb3360449daripada emas kuning. Daripada segi harga, emas kuning adalah lebih murah dan stabil berbanding emas putih. Emas kuning boleh dijual semula pada harga yang lebih baik dan tinggi berbanding emas putih. Malah setelah beberapa lama pemakaian, emas putih cenderung berubah menjadi kuning.

Emas kuning, perak mahupun platinum mungkin akan mengalami perubahan daripada segi kilauan sejak anda membelinya atas pelbagai sebab seperti terguris dan sebagainya. Jadi, ia perlu dibersihkan selalu dan dijaga sebaiknya. Platinum adalah pilihan terbaik jika anda ingin menjaga cincin anda turun-temurun dan tahan lama.

 

4. Kesesuaian cincin dengan pekerjaan

Harus diingat bahawa cincin yang diberi perlu dipakai pada kebanyakan masa dan setiap hari oleh pemakai. Jadi, anda haruslah memilih cincin yang selesa, mudah dipakai dan tidak mengganggu tugas-tugas seharian dan pekerjaan anda. Cincin yang terlalu besar mungkin tidak sesuai jika kerja-kerja seharian banyak menggunakan jari-jemari anda.

 

5. Batu permata cincin kahwin

Batu permata memainkan peranan yang penting dalam menaikkan seri cincin. Pilihan yang mewah sudah semestinya dari jenis berlian. Namun, dengan harganya yang mahal, mungkin akan menyebabkan bajet persiapan majlis perkahwinan anda terganggu. Oleh itu,tanyalah pasangan anda terlebih dahulu sebelum memilih cincin untuk si dia kerana bukan semua orang sukakan cincin bertatah batu permata.

 

6. Alergi kepada bahan buatan

Sesetengah orang mungkin alergi atau alahan kepada emas kuning yang merupakan emas tulen. Alternatif yang ada adalah emas putih yang sebenarnya adalah campuran emas dengan nikel atau palladium.

Periksa dulu samada pasangan anda mempunyai alahan pada emas ataupun tidak. Bimbang pula nanti cincin yang diberi akan menyebabkan kemerahan dan kegatalan kepada jari pasangan anda. Rugi saja membelinya jika tidak dapat memakai.

 

Wedding ring on stack of cash

7. Budget membeli cincin kahwin

Sebaiknya ketika mahu membeli cincin kahwin, cubalah bandingkan harga terlebih dahulu. Bincangkan dengan pasangan reka bentuk yang  mereka gemari. Jangan pula dengan hanya membeli cincin, anda sampai tidak makan. Jadilah pasangan yang bijak dalam membuat pilhan.

Walauapapun pilihan cincin anda, pastikan yang harganya masih mampu ditampung dan tidak lari dari bajet yang anda tetapkan. Dinasihatkan agar anda melakukannya enam bulan awal, supaya anda lebih sedia dari segi kewangan.

 

 

Jenis-jenis Cincin Kahwin

 

Terdapat tiga jenis cincin kahwin yang boleh anda pilih iaitu :

 

  • ‘Rounded-edge wedding ring’ 0807-Round-Cut-Solitaire-Engagement-Ring-White-Gold-03_4

Cincin ini banyak dipilih oleh calon pengantin.  Cincin ini mempunyai reka bentuk bahagian luarnya yang tidak mendatar tetapi cembung dan ditengahnya ada tambahan.

 

 

 

  • ‘High-domed wedding ring’ 2320915-9ct-yellow-gold-plain-high-domed-wedding-band-0

Hampir sama dengan ‘rounded-edge wedding ring’, tetapi di bahagian tengahnya tiada hiasan dan dibiarkan polos.

 

 

 

  • ‘Flat wedding ring’ het2004rg_2

Sesuai dengan namanya, cincin jenis ini memiliki bentuk yang mendatar.

 

 

 

Tips Mengukur Saiz Cincin Kahwin

Agar tidak salah ukuran, berikut adalah tips untuk mengukur saiz cincin kahwin tersebut.

1. Waktu pengukuran sebaiknya pada siang hari, kerana ketika itu ukuran jari anda adalah normal dan tidak mengembang.

2. Jangan ukur jika jari anda dalam keadaan dingin. Hangatkan dahulu jari anda supaya memudahkan anda untuk mengukur saiz jari yang sebenarnya.

 

ukur

ukurlilitcincin

 

 

Jadi, sekiranya anda mahu mencari cincin untuk bakal suami anda, anda harus mengenal pasti dahulu jenis cincin tersebut kerana lelaki yang beragama Islam diharamkan memakai cincin emas termasuk cincin suasa kerana suasa mempunyai sedikit komposisi emas.  Maka anda bolehlah membeli cincin yang lain antaranya adalah ‘stainless steel’, ‘silver’, ‘platinum’, dan ‘palladium’.

Cincin yang tersarung indah di jari  boleh dianggap sebagai tanda cinta dan kesetiaan pasangan pengantin. Tetapi yang paling utama adalah keutamaan anda untuk menjaga keutuhan cinta dan kesetiaan itu sendiri.

.

.

.

.

Kredit : wom

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest