Rawat Muka Dengan Bahan Semulajadi

home-remedies-for-glowing-skin-in-summer-for-oily-skin-–-best-skincare-tips

Siapa yang tidak mahu mempunyai kulit yang bersih tanpa sebarang masalah seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya, bukan? Tidak perlu membeli produk mahal kerana anda hanya boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi yang sudah ada di dapur anda. Tak sabar nak tahu? Okay mari lihat apa bahan-bahan yang boleh kita gunakan untuk muka kita 🙂

 

1. Untuk naikkan seri muka.

Ini bukan perkara biasa, semua orang mahu wajah yang berseri-seri. Jadi di sini ada 3 tips yang boleh diamalkan tidak kira lelaki atau wanita.

  • Tip 1 – Menggunakan air basuhan beras.

Tip ini benar-benar berkesan jika anda terus mengamalkannya. Muka anda akan kelihatan awet muda. Hanya menggunakan air beras basuhan yang ketiga ya.

  • Tip 2 – Basuh muka dengan air kelapa.

Yang ini sangat jarang kita dengar kan tetapi ada orang yang amalkan tip  ini. Basuh muka dengan air kelapa seminggu sekali, biarkan kering dan bilas. Bagus untuk menaikkan seri muka dan menegangkan muka tanpa perlu guna botox.

  • Tip 3 – Campuran serbuk kunyit dengan yogurt asli + madu.

Campurkan serbuk kunyit dengan yogurt asli + madu untuk buat sebagai masker wajah. Lakukannya seminggu sekali. Anda akan menyedari kesannya. Antara kesannya, parut jerawat hilang dan muka anda menjadi bersih. Tetapi pastikan melakukannya pada hujung minggu sahaja, kerana muka anda akan kelihatan sedikit kekuningan selepas anda cuci. Tetapi ia hanya untuk seketika, jangan risau.

 

2. Untuk mengeluarkan whitehead dan blackhead.

  • Tip 1 – Campurkan baking soda + jus lemon.

Mula-mula bancuhkan campuran ini kemudian sapu di kawasan yang terjejas, terutamanya hidung, biarkan selama 3 minit, selepas itu membalut kedua-dua jari telunjuk anda dengan tisu yang bersih dan picit whitehead dan black head dengan perlahan. Anda akan nampak banyka whitehead dan blackhead keluar. Kemudian bilas okay.

 

3. Untuk menghapuskan masalah penuaan.

Tips ini adalah benar-benar berguna kepada orang yang takut untuk kelihatan tua.

  • Tip 1

Gunakan air mawar sebagai toner. Terdapat begitu banyak kebaikan dalam air mawar ni. Terdapat vitamin A, C dan E. Anda boleh mendapatkannya dari pusat membeli-belah atau kedai kecantikan. Kesannya anda akan nampak liang pori anda akan menjadi lebih kecil dan muka anda boleh menjadi lebih glowing.

.

.

.

.

Sumber dari : iiumconfess

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest