RESEPI MASAKAN DALAM PANTANG

Tertanya-tanya apa makanan yang boleh diambil ketika berpantang? Pengambilan makanan yang betul ketika berpantang penting tau untuk cepat sembuh dan jugak untuk kesihatan yang baik pada masa akan datang. Jom kita tengok apa resipi yang boleh kita buat dekat bawah ni. Selamat mencuba dan selamat menjalani sesi berpantang yang sihat 😉

1) Bawal Stim Lada Hitam

bawal-stim-lada-hitam

Bahan-bahan :

  • Ikan bawal – seekor dan dikelar
  • Sesudu besar sos tiram
  • Sesudu teh lada hitam ditumbuk
  • Garam
  • Setengah inci halia dihiris
  • Seulas bawang putih dihiris
  • Sedikit hirisan bawang kuning Holland
  • Sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

Cara memasak :

1. Gaulkan semua bahan dan lumurkan ikan.dengan bahan-bahan.
2. Masukkan bahan-bahan ke dalam bekas untuk mengukus.
3. Kukus ikan sehingga masak dan hidangkan.

 

 

2) Ikan Haruan Goreng Rempah

 

haruan-goreng-rempah

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan haruan – di potong
  • 30 gm halia – di tumbuk
  • 2 ulas bawang merah – di tumbuk
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu rempah ikan
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak

Cara memasak :

1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.

 

 

3) Haruan Bakar Lemak Lada Hitam

Haruan-Bakar-Lemak-Lada-Hitam

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ikan haruan
  • 450ml santan
  • 8 biji bawang merah – dikisar
  • 3 biji bawang putih – dikisar
  • 3 sm halia – dikisar
  • 2 sudu besar lada hitam – dikisar
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 helai daun kunyit – dicarik
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara memasak :

1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panggang sehingga masak. Ketepikan.
3. Satukan bahan kisar bersama daun kunyit, serai dan santan didalam periuk. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan tadi dan bubuh garam dan asam gelugor.
5. Kacau hingga sekata dan angkat apabila mendidih.

 

 

4) Ikan Bawal Kukus Asam Jawa

 

ikan-bawal-asam-jawa

Bahan – bahan :

  • Ikan bawal dikelar sedikit
  • Dua keping halia dihiris
  • Sekeping kunyit hidup dihiris
  • Asam jawa – saya guna 1 sudu teh pes asam jawa Adabi
  • Lada hitam ditumbuk
  • Garam

Cara memasak :

Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan kukus ikan sehingga masak. Hidangkan.

 

 

5) Ikan Bilis Lada Hitam

 

ikan-bils-lada-hitam

Bahan-bahan :

  • 1/2 kilo ikan bilis sedang besar
  • 200 gram lada hitam
  • 2 inchi halia

Cara memasak :

1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan toskan minyaknya.
2. Tumbuk ikan bilis separuh hancur.
3. Tumbuk halia dan lada hitam.
4. Gaulkan bersama ikan bilis.
5. Goreng tanpa minyak untuk bagi lebih kering.

 

 

6) Ikan Panggang Berkari

 

ikan-panggang

Bahan-bahan :

  • Ikan (ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam (secukup rasa)

Cara memasak :

1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
2. Lumurkan di atas ikan.
3. Panggang – boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.

7) Ikan Pindang 

ikan-pindang

Bahan-bahan :

  • 2 atau 3 ketul ikan (ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
  • 1 labu bawang putih (dihiris)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 – 2 batang cili merah (dihiris)
  • 5 cm lengkuas (diketuk)
  • 5 cm kunyit (dihiris)
  • 5 cm halia muda (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 – 4 keping asam gelugor
  • 4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai.
6. Masukkan asam keping dan garam.

8) Ikan Bawal Kukus Halia

stim-ikan-bawal

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan bawal putih
  • 1 1/2 inci halia-potong tipis
  • 1 inci kunyit-potong tipis
  • 3 ulas bawang putih-potong tipis
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
  • 1 btg karot, bunga kubis

Cara memasak :

1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas…boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil.
4. Siram baki perapan kicap atas ikan.
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan. Susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak…anggaran 10-12 min atau hingga masak.

9) Sup Ikan Merah 

sup-ikan-merah

Bahan tumisan :

  • Sedikit minyak masak
  • Sekeping halia dihiris memanjang
  • Dua ulas bawang putih dihiris memanjang
  • Dua ulas bawang kecil dimayang
  • Sebatang kecil kulit kayu manis
  • Sekuntum bunga lawang
  • Setengah sudu teh ketumbar
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • Sesudu teh lada hitam ditumbuk

Bahan lain :

  • 2 keping ikan merah
  • 3 cawan air
  • Garam
  • Sedikit daun bawang dan daun sup yang dihiris

Cara memasak :

1. Dengan api sederhana, panaskan minyak masak dan tumis bahan tumisan sehingga harum dan kekuningan.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Setelah mendidih, masukkan ikan dan biarkan mendidih seketika.
4. Perasakan dengan garam. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.
5. Ikan tidak perlu dimasak terlalu lama. Jika tidak isinya akan terasa kering tetapi jangan pula tidak sempurna masaknya.
6. Enak dihidangkan dengan nasi panas. Selamat mencuba!

 

 

10) Sup Ikan Haruan

 

Sup-Ikan-Haruan

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ikan haruan
  • 3 tangkai daun sup – dihiris
  • 3 biji bawang merah – dikisar
  • 2 biji bawang putih – dikisar
  • 1 1/2 sm halia – dikisar
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak Masak

Cara memasak :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
2. Kemudian masukan air. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukan ikan, lada hitam dan garam.
4. Setelah ikan masak , taburkan hirisan daun sup.

 

 

11) Ikan Tenggiri Goreng Halia

 

tenggiri-halia

Bahan-bahan :

  • 1 keping ikan tenggiri
  • 4 gm halia – di hiris dan di goreng
  • 3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak masak

Cara membuat :

1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
4. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
5. Masukkan ikan semula.
6. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
7. Angkat ikan.
8. Taburkan halia goreng di atasnya.

 

 

KREDIT : HEALTHYKAWAIIBABYSTORE

.

.

.

.

.

.

.

Tengah cari SKIRT SELESA YANG BOLEH DIPAKAI KETIKA BERPANTANG? Klik SINI (y)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest