RESEPI MUDAH : POPCORN KARAMEL

Jom belajar cara buat Popcorn Karamel yang sangat sedap. Sebenarnya mudah je nak buat, bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan mudah didapati.

Sambil menonton rancangan kegemaran di kaca tv ataupun bersantai bersama keluarga memang sedap kalau makan popcorn. Selalunya beli kat luar je kan, apa kata kali ini anda cuba buat sendiri. Di bawah ini dengan sumber dari Notawanita, dikongsikan cara untuk buat popcorn yang sangat sedap.

 

20734_840x576

Resepi Popcorn Karamel Yang Mudah Dibuat

 

Bahan-bahan :

(untuk Popcorn)

  • 3 Sudu Mentega
  • Bertih Jagung

(Untuk Karamel)

  • 250 gram mentega
  • 4 sudu marjerin (planta)
  • 2 sudu minyak masak
  • 10 sudu gula pasir
  • 3 sudu susu pekat manis
  • 1 sudu esen vanila

 

Cara Membuat Popcorn Karamel :

1) Panaskan kuali dan cairkan mentega sehingga cair.
2) Masukkan bertih jagung sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
3) Tutup kuali dengan rapat. Selepas 5 minit akan mula kedengaran bunyi pop pop. Pegang penutup kuali sehingga bunyi pop pop berhenti. Selepas itu tutupkan api dan buka penutup kuali.
4) Untuk membuat karamel pula, panaskan kuali dan cairkan mentega, marjerin dan minyak masak. Kemudian tambahkan gula, susu pekat dan esen vanila. Kacau sehingga gula cair.
5) Tutup api dan tuangkan karamel sedikit demi sedikit ke dalam popcorn. Kacau rata.
6) Letakkan popcorn yang telah sebati dengan karamel dalam dulang pembakar. Ratakan.
7) Masukkan dalam oven pada suhu 140 darjah celsius dan bakar popcorn untuk kira-kira 5 minit. Kacau supaya popcorn tidak hangus ye.

Dah siap. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bolehlah disimpan dalam botol kedap udara. Bila sejuk popcorn akan menjadi ranggup dan garing.

SELAMAT MENCUBA ! 🙂

.

.

.

.

Kredit: notawanita

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest