Resepi: Puri Makanan Pertama Bayi

bebekler-icin-evde-havuc-puresi-nasil-yapilir

Bayi sudah boleh diperkenalkan dengan makanan pejal seawal usia enam bulan bagi memenuhi keperluan tumbesaran mereka. Puri merupakan makanan daripada sumber semulajadi yang boleh dibuat sendiri di rumah. Anda pasti akan menggunakan bahan segar dengan penyediaan yang mudah bagi memastikan si kecil membesar dengan sihat. Pastikan alatan yang digunakan sentiasa bersih dan tidak digunakan untuk makanan orang dewasa terutamanya pengisar.

 

Puri Bubur Ayam Dan Lobak Merah 

Bahan yang digunakan :

  • Semangkuk kecil bubur ayam
  • 1/2 batang lobak merah
  • 3 sudu besar susu ibu / air

Cara membuatnya :

  1. Masak bubur seperti biasa dan elakkan daripada menambah apa-apa bahan perasa seperti garam ke dalam bubur tersebut.
  2. Bersihkan lobak merah dan kukus sehingga lembut.
  3. Kisarkan sehingga halus bubur ayam, lobak merah dan susu ibu di dalam pengisar.
  4. Biarkan puri sejuk seketika sebelum diberikan kepada bayi.

 

Puri Lobak Merah Dan Brokoli 

Bahan yang digunakan :

  • 1 batang lobak merah
  • 100 gm brokoli
  • 3 sudu besar susu ibu / air

Cara membuatnya :

  1. Potong kecil lobak merah dan brokoli sebelum bersihkannya.
  2. Kukus lobak merah dan brokoli sehingga lembut.
  3. Kisarkan bahan kukus tadi bersama susu ibu sehingga halus.
  4. Biarkan puri sedikit sejuk sebelum berikan kepada bayi.

 

Puri Lobak Merah Dan Tomato 

Bahan yang digunakan :

  • 2 biji tomato
  • 1 batang lobak merah
  • 2 sudu besar susu ibu / air

Cara membuatnya :

  1. Bersihkan lobak merah dan tomato.
  2. Potong kecil lobak merah dan kukus bersama tomato.
  3. Masuk bahan kukus tadi ke dalam pengisar dan tambahkan susu ibu sebelum kisarnya sehingga halus.
  4. Biarkan seketika sebelum disuap kepada bayi.

 

Selamat Mencuba !

.

.

.

.

Sumber : majalah pama

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest