Simptom Dan Punca Penyakit Asma

625x470_536bb790ba3795ca3cf167db_0_6-1399568272661

Asma adaah penyakit kronik (berulang) sistem penafasan seperti keradangan dan kesempitan saluran udara yang berterusan menyebabkan kesukaran bernafas, sesak dada dan batuk. Rangsangan merupakan tindak balas terjadinya asma.

 

SIMPTOM

Tanda-tanda yang paling utama kepada penyakit asma ialah sukar bernafas (sehingga membuatkan individu mengah), batuk, sesak dada dan semput (bunyi yang dihasilkan apabila udara mengalir melalui saluran udara mengecil). Jika simptom ini berulang, ia akan membuatkan individu yang menghidap penyakit asma sukar untuk tidur.

Tahap keseriusan gejala asma ini berbeza-beza. Gejala ini akan berlaku teruk biasanya pada waktu malam atau awal pagi. Ini akan menjadikan pesakit asma sukar untuk tidur dan keperluan untuk ubat sedut lebih kerap. Gejala ini akan semakin teruk apabila terdapatnya reaksi alahan atau aktiviti fizikal.

Apabila gejala asma semakin teruk dengan ketara, ia dipanggil serangan asma. Serangan ini biasanya berlaku dalam masa 6-24 jam atau 1 hari. Walaupun begitu, ada pesakit asma yang mengalami serangan kurang daripada masa berikut.

 

Tanda-tanda serangan asma yang teruk termasuklah:-

  •  Penggunaan inhaler sebagai pelega tidak lagi berkesan.
  • Kerap dan merasa pedih apabila batuk dan sesak di dada.
  • Sukar untuk bercakap, makan atau tidur kerana kesukaran bernafas.
  • Bibir dan jari kelihatan biru.
  • Kadar jantung meningkat.
  • Rasa pening, letih atau mengantuk.

Jika anda atau keluarga anda mengalami tanda-tanda serangan seperti berikut, segeralah berjumpa doktor dan dapatkan rawatan selanjutnya.

 

PENCETUS / PUNCA 

  • Jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan yang biasanya menyerang saluran penafasan seperti selsema.
  • Alergi (bulu binatang, hama dan debunga)
  • Pendedahan kepada asap kimia, asap dan pencemaran udara.
  • Faktor cuaca (cuaca sejuk, cuaca berangin, cuaca panas atau perubahan suhu yang drastik)
  • Keadaan bilik lembap, berkulat dan berhabuk.
  • Tekanan.
  • Aktiviti fizikal atau sukan.
  • Ubat-ubatan seperti ubat-ubatan anti-radang dan ubat-ubatan beta blocker (biasanya diberikan kepada pesakit jantung dan tekanan darah tinggi)
  • Makanan atau minuman yang mengandungi bahan semula jadi yang digunakan sebagai pengawet, udang, makanan yang diproses, makanan siap, minuman botol jus buah-buahan, bir dan wain.
  • Alahan makanan (contohnya kacang)
  • Penyakit Gastroesophageal reflux (GERD) atau penyakit di mana asid perut kembali ke dalam esofagus sehingga merengsakan saluran gastrousus atas.

Penting untuk anda mengetahui apa yang menjadi pencetus kepada berlakunya serangan asma ini sekirannya anda merupakan penghidap asma. Ini adalah cara terbaik bagi mengelakkan serangan asma.

 

FAKTOR 

Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko terkena asma kepada seseorang. Antaranya adalah :-

  • Sejarah keluarga
  • Alahan topik (makanan dan ekzema)
  • Penyakit bronkiolitis atau jangkitan paru-paru bagi kanak-kanak
  • Berat lahir di bawah normal, kurang daripada dua kilogram
  • Kelahiran pra matang
  • Pendedahan kepada asap rokok ketika kanak-kanak. Bagi ibu-ibu yang merokok ketika mengandung, risiko anak menghidap asma adalah tinggi.

.

.

.

.

Kredit : melayupost.info & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest