Terma & Syarat

  1. Pihak kami The Palazzo Expert akan berusaha poskan seberapa segera semua order customer dalam masa 1 ke 3 hari bekerja. Sabtu, Ahad, & cuti umum, tiada pengeposan.

  2. Tiada return policy melainkan ada dimaklumkan dalam description produk, kecuali sekiranya ada sebarang kerosakan atau apa-apa kesilapan berpunca dari pihak kami.

  3. Sila rujuk ukuran saiz terperinci yang dipaparkan untuk setiap produk sebelum membeli. Perlu kami tegaskan bahawa kami tidak menerima pertukaran atas faktor “salah saiz.”

  4. Pihak kami akan bertanggungjwab penuh sekiranya produk yang dihantar adalah rosak dan pihak pelanggan boleh menukarkannya kembali dalam tempoh 5 hari dari waktu penerimaan. Kos penghantaran semula akan ditanggung oleh pihak kami.

  5. Semua produk yang boleh dipulangkan tersebut haruslah dalam keadaan BELUM DIPAKAI, BELUM DIBASUH, TIDAK DIUBAHSUAI dan TIDAK DISETERIKA.

  6. Segala gambar yang telah disediakan di laman web ini adalah bertujuan untuk membantu anda untuk melihat contoh produk yang dijual. Pihak kami sedaya upaya memastikan gambar yang dipaparkan adalah bertepatan dengan warna sebenar namun atas sebab teknikal yang diluar kawalan kami seperti resolusi monitor yang berbeza , penataan cahaya dan sebagainya maka produk sebenar mungkin berbeza sedikit dengan gambar yang dipaparkan.

Pin It on Pinterest