Tip Berguna Untuk Hilangkan Bau Pelik Pada Hijab Anda

superthumb

Ada di kalangan wanita berhijab yang menghadapi masalah ni kan? Masalah terdapat bau yang pelik pada hijab. Sangat tidak menyenangkan kalau ada bau pelik ni kan. Tambah-tambah pula dengan keadaan cuaca panas yang tidak menentu sekarang ni. Jadi apa yang boleh anda buat untuk atasi masalah ni?

1. Berikan udara

Ini adalah salah satu jalan penyelesaian yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.

 

2. Gantung menggunakan penyangkut baju

Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya  dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak.

 

3. Sembur minyak wangi

Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.

 

4. Sabun buku

Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.

 

5. Serbuk penaik 

Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.

 

6. Minyak essential

Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.

 

 

 

Sumber : Ohfesyen.com

 

 

Nak menjadi hijabista yang trendy dan stylish? Meh try NEW ARRIVAL kami 2 IN 1 AMBER PALAZZO. Klik >SINI<

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest