Tip Dapatkan Tidur Yang Berkualiti

image

Dengan tidur yang mencukupi, tubuh dapat berehat dan mengembalikan stamina setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti. Sekiranya tidak mendapat tidur yang cukup, ia akan memberi kesan negatif pada badan. Berikut adalah tip bagaimana ingin mendapatkan tidur yang berkualiti yang tentunya akan memberikan kesihatan yang berkekalan.

 

1. Jaga Pola Waktu Tidur 

Cuba tidur pada waktu yang sama setiap hari. Dengan ini anda akan terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.

 

2. Elakkan Pengambilan Kafein 

Jangan ambil kafein sebelum tidur kerana pengambilan kafein akan mengganggu pergerakan sel-sel tubuh sehingga membuatkan anda tidak akan berasa mengantuk dan lebih bertenaga.  Kesan ini akan membuatkan anda merasa tidak selesa dan memberikan gangguan pada tidur anda.

 

3. Cipta Keselesaan Di Dalam Bilik 

Hiaslah bilik tidur anda dengan pilihan dekorasi yang sesuai agar ia menjadi sebuah tempat yang ideal untuk anda tidur. Suhu dan suasana yang selesa akan membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Malah, pemilihan bantal dan tilam yang berkualiti juga amat penting.

 

4. Hadkan tidur Pada Waktu Petang 

Tidur pada wakti malam anda akan terganggu sekiranya anda telah tidurlama pada waktu petang. Oleh itu, hadkan waktu tidur siang anda selama 10 hingga 30 minit pada waktu tengah hari.

 

5. Lakukan Aktiviti Rutin Sebelum Tidur 

Jika anda melakukan aktiviti fizikal secara berkala boleh membuatkan anda cepat tidur dan mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan tidur lena adalah seperti membaca buku, mendengar lagu yang menenangkan atau mandi air suam.

 

6. Tangani Stres 

Tekanan akan menyebabkan anda sukar untuk tidur kerana banyak berfikir. Tangani stres anda dengan bijak dan tetapkan keutaman untuk selesaikan tugasan secara teratur. Jika ada keperluan penting, tulis perkara tersebut agar anda tidak terlupa pada keesokkan harinya.

.

.

.

.

Sumber : Sinar Harian (26 Februari) & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest