Tip Elak Anak Kecil Ketagih Gajet

prevent-children-from-gadget-addiction

 

 

Tidak dinafikan bahawa gajet dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam proses pembelajaran. Namun, yang menjadi masalahnya adalah apaibila ianya tidak dikawal.

Ada suatu kejadian berlaku tidak lama dahulu di mana seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun terpaksa menjalani rawatn psikiatri kerana ketagih bermain gajet.

Perkara ini menunjukkan bukti betapa seriusnya kesan jika anak-anak bermain gajet secara berlebihan. Oleh yang demikian, ibu bapa mungkin boleh cuba mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan anak tidak ketagih bermain atau melayani telefon bimbit mahupun tablet.

 

1. Jangan beli selagi tiada kepentingan

Selagi tiada kepentingan untuk anak menggunakannya, jangan beli telefon atau tablet untuk mereka. Tidak perlu kenalkan mereka dengan komputer di awal usia apatah lagi game di internet.

 

2. Jangan main game depan anak

Jangan tunjukkan kegilaan anda bermain game di depan anak-anak. Bagaimana mahu menegur anak jika ibu bapa sendiri pun berjam-jam melayan game?

 

3. Bawa anak beriadah 

Ibu bapa mesti mencari aktiviti bavi memenuhi masa anak. Ajaklah anak berbasikal, beriadah di taman permainan atau apa-apa aktiviti di luar rumah agar mereka tidak bosan.

 

4. Hadkan masa menonton TV 

Hadkan masa anak menonton TV kerana kesan menonton TV berlebihan sama dengan gajet. Kartun dikatakan merangsang minda kanak-kanak, tetapi jika berlebihan tak elok juga. Jadi, jangan biarkan saja anak-anak menonton kartun pagi, petang dan malam.

.

.

.

.

Sumber : keluarga.my & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest