Tip Pastikan Telur Masih Segar

catat-begini-cara-memilih-telur-yang-masih-segar-dan-layak-konsumsi--160815x

.

KETIKA membeli telur ayam di pasaran, apakah perkara yang anda titik beratkan? Adakah harganya atau kualiti telur itu sendiri? Untuk memilih telur yang terbaik, anda harus tahu bagaimana cara untuk memilih telur yang segar. Berikut merupakan empat tip bagi memastikan telur yang dibeli masih elok dan selamat untuk dimakan.

.

1 PERIKSA KULIT TELUR

Perhatikan sekeliling kulit telur dan lihat jika ada sebarang keretakan pada kulitnya. Jika masih elok, ini bermakna bahagian dalam telur masih terlindung.

Untuk mengetahui sama ada telur itu bagus mahupun tidak, ia mempunyai sejumlah butiran kecil yang akan membuatkan permukaan telur sedikit kasar jika dipegang.

 .

2 GONCANG TELUR

Untuk mengetahui keadaan di dalam telur, goncangkan ia. Telur yang berkualiti tidak akan kedengaran berbunyi kerana ia padat di dalamnya. Putih telur yang bagus sedikit kental jika dibandingkan dengan telur yang sudah lama ataupun rosak. Jika telur tidak berbunyi, ini bermakna telur putih itu dalam keadaan yang baik. Telur putih yang sudah rosak tidak dapat ‘mengikat’ kuning telur dan mempunyai rongga udara yang banyak di dalamnya. Disebabkan itu apabila digoncang ia akan mengeluarkan bunyi.

.

3 RENDAMKAN DALAM AIR

Bagaimana anda mahu tahu jika telur yang ada di dalam peti sejuk masih boleh digunakan? Caranya dengan merendamkan telur tersebut. Telur yang masih baik akan terendam, manakala jika telur tersebut sudah seminggu disimpan ia akan tenggelam dengan posisi sedikit senget. Telur yang tersimpan lebih kurang dua hingga tiga minggu pula akan lebih tegak kerana rongga udara di dalam telur semakin banyak. Jika anda merendam telur dan ia timbul sepenuhnya, ini

bermakna telur tersebut telah rosak. Namun jika waktu anda merendamkan telur itu dan ia tenggelam sepenuhnya, ini bermakna telur itu masih segar dan selamat untuk digunakan.

.

4 PERHATIKAN KUNING TELUR

Kuning telur yang masih elok biasanya berwarna kuning terang dan apabila dipecahkan, ia akan terbentuk cantik. Jika sudah tidak berapa elok, kuning telur akan berwarna sedikit pucat dan cenderung untuk ‘terlerai’ ketika anda memecahkan telur. Selain itu, putih telur juga tidak selikat yang biasa.

.

.

.

.

Kredit : sinar harian

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest