Tips Mencantikkan Halaman Rumah

01-Batu-alam-homedit.com_.original

HALAMAN rumah merupakan lokasi pertama yang akan dilihat oleh tetamu apabila berkunjung ke rumah anda. Jika ruang ini dimanfaatkan dengan baik, ia boleh dijadikan tempat untuk bersantai dan melepaskan lelah setelah seharian anda berada di luar rumah. Untuk memberi keceriaan pada halaman luar rumah agar ia tidak terbiar begitu sahaja, apa kata anda cuba tip ini.

 

1. PERABOT 

Penataan perabot laman seperti kerusi dan meja boleh dijadikan sebagai titik tumpu saat anda menghayati keindahan halaman anda sendiri. Gunakan ruangan ini sebagai tempat untuk anda bersantai sambil membaca surat khabar ataupun minum petang.

2. PANCURAN AIR

Deruan pada pancuran air pastinya mampu mengundang suasana yang tenang dan mendamaikan. Elemen air ini turut menjadi satu daya tarikan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

 

3. KOLAM IKAN

Jika halaman rumah anda luas dan anda mempunyai bajet yang mencukupi, hiasi halaman dengan kolam ikan. Peliharalah pelbagai jenis ikan untuk menyuntik suasana yang tenang dan ceria.

 

4. BUAIAN 

Buaian juga boleh dijadikan alternatif sebagai tempat untuk anda beristirahat sekiranya anda tidak mahu menggunakan perabot. Peletakan buaian ini mampu merubah halaman anda menjadi sesuatu yang lebih menarik.

 

5. RUMPUT DAN BATU

Halaman luar rumah yang dihias dengan rumput dan penataan batu kerikil boleh mencipta elemen menarik. Tanaman rumput ini akan mencipta momen segar menjelangnya waktu pagi sebaik sahaja anda membuka pintu rumah untuk menghirup udara segar.

 

6. PASU 

Penggunaan pasu dengan rekaan yang unik turut menampilkan halaman dengan dekorasi yang berbeza. Hiasi pasu tersebut dengan pelbagai jenis pokok mahupun bunga memberi elemen warna pada halaman anda.

 

7. TANAMAN GANTUNG

Hiasan tanaman yang bergantung tentu sahaja memberi kelainan pada dekorasi halaman rumah anda. Ia boleh memberi suasana laman yang lebih segar dan unik. Pelbagai kreativiti dengan tanaman gantung menggunakan tayar, botol, pasu dan sebagainya.

.

.

.

.

Kredit : sinar harian

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest