Usir Semut Di Rumah Dengan 4 Bahan Ni

dreamstime_xs_517512

Pernah tak alami situasi, baru sahaja letak makanan kejap, makanan dah dihurung semut? Lebih-lebih lagi kalau menu yang manis-manis. Nak buang makanan itu mesti rasa bersalah, tapi nak buat macam mana kan? Dah dihurung semut. Macam mana nak halau semut ni?

 

 

1. Kayu Manis Kandungan-dan-Manfaat-Kayu-Manis-Untuk-Menghilangkan-Flek-Hitam

Semut tidak menyukai bau menyengat dari kayu manis. Masukkan satu batang kayu manis di dalam gula dan biarkan untuk mengelakkan semut dekat dengan bekas gula. Taburan kayu manis juga boleh digunakan. Taburkan di meja dan ratakan di bahagian yang selalu dihurung semut.

 

 

 

2. Cabai manfaat-cabai

Antara cara paling efektif mengusir semut adalah menggunakan serbuk cabai. Cuba masukkan beberapa cabai ke dalam bekas gula dan semut tidak akan datang dekat.

 

 

 

 

 

3. Cuka 41cfNe77u4L

Letak campuran cuka dan air di bahagian yang sering dihurung semut atau tabur di  sekeliling makanan untuk elak dihurung semut.

 

 

 

 

 

 

 

 

4. Oatmeal oats

Oatmeal mungkin tidak berbau tajam seperti kayu manis, cuka atau cabai, tapi ternyata boleh menyingkirkan semut dan mencegah hurung pada makanan. Harganya sedikit mahal membuatkan sayang jika digunakan sebagai pengusir semut.

 

 

Sekarang, anda tidak perlu lagi menggunakan pembasmi serangga kerana bahan kimia yang ada agak berbahaya dan jika salah sembur akan menjadi racun dalam makanan. Pilihlah cara mana yang mudah dan terbaik untuk kehidupan harian anda.

.

.

.

.

Sumber : mingguanwanita & Google (gambar)

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest