Waktu Tepat Untuk Bersenam

Untuk tidur dan makan juga ada mempunyai masa yang sesuai dilakukan.  Anda bebas bersenam tidak kira pagi, petang, malam atau pada waktu yang anda rasa sesuai dan bergantung pada gaya hidup masing-masing.

 

Senaman-Pagi-Mampu-Pecahkan-Lemak-ASL-Training-1024x682

Waktu Pagi 

Walaupun waktu ini dikatakan waktu terbaik untuk bersenam, waktu ini jugalah antara waktu yang paling liat untuk anda melakukan senaman. Jangan risau! Ini kebaikan yang anda akan dapat jika anda mampu melakukannya.

 

  • Mencerdaskan minda dan memberi tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian
  • Membakar kalori pada awal pagi dan meningkatkan metabolisma badan
  • Regangan yang dilakukan pada awal pagi akan membantu otot bergerak lebih baik
  • Jadual senaman akan menjadi lebih konsisten pada mereka yang sudah biasa melakukan senaman pada awal pagi. Ini kerana lebih kurang gangguan di waktu pagi.

 

Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senama berat yang lain untuk mengelakkan kejutan terlampau kepada tubuh badan pada awal pagi.

 

Waktu Petang & Malam 

Tidak semua mampu untuk bangun awal pagi dan bersenam. Jadi, waktu petang atau malam juga sesuai jika anda mahu bersenam. Ada juga waktu lain yang sesuai untuk anda lakukan senaman harian.

 

  • Senaman pada watktu ini akan mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian kerana otak pada masa ini akan bertindak lebih aktif dan lebih fokus kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Ini sekaligus akan membuatkan tubuh menjadi lebih cergas dan memudahkan pengaliran cas-cas positif dalam badan.
  • Sebaiknya, waktu sebelum makan adalah waktu yang elok untuk bersenam kerana ia dapat mengawal kadar pengambilan makanan pada waktu malam.
  • Manfaat bersenam pada waktu petang membolehkan anda melakukan senaman yang lebih berat berbanding jika anda bersenam diwaktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.

 

Waktu senaman yang sesuai sebenarnya terpulang kepada anda. Lakukan senaman pada waktu yang dirasakan sesuai supaya senaman berkenaan mampu dilakukan dengan masa yang ada. Kualiti kehidupan yang lebih baik adalah bermula daripada tubuh badan yang sihat.

.

.

.

.

Sumber : rapi.karangkraf

.

.

Like PAGE kami : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Like INSTAGRAM kami : thepalazzoexpert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest