Wanita Lebih Stres Berbanding Lelaki

Ramai menganggap lelaki yang juga ketua keluarga akan mengalami lebih banyak tekanan pekerjaan memandangkan tanggungjawabnya yang lebih besar. Namu berdasarkan hasil kajian terbaru yang dilakukan oleh Health and Safety Executive mendapati bahawa wanita berusia antara 25 hingga 54 tahun lebih stres dan menderita akibat pekerjaan berbanding lelaki.

Wanita yang berusia 44 ke 45 tahun mengalami rasa stress yang lebih tinggi. Ini kerana golongan wanita pada umur ini harus menyeimbangkan diri mereka antara karier dan menguruskan keluarga sebagai pekerja, isteri dan ibu pada masa yang sama.

Tahap stres yang dialami oleh kaum perempuan boleh menjurus kepada masalah psikologi seperti kemurungan dan cemas. Jadi, wanita disarankan untuk bijak melalui setiap stres yang dialami supaya mereka boleh menjalani hidup yang lebih berkualiti.

Justeru itu, setiap wanita perlu bijak dalam mengendalikan stres di tempat kerja. Sebaiknya, kendalikan masalah stres itu sebelum stres itu mengendali diri anda.

 

6359938135765450071916318975_o-BUSY-WOMAN-facebook

Membuat Jadual Kerja 

Apabila anda membuat jadual kerja harian, beban kerja anda akan semakin ringan dan akan dapat mengelakkan sebarang kesalahan kerana tergesa-gesa menyelesaikan sesuatu tugasan.

Belajar Daripada Kesilapan 

Tiada manusia di dunia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun, belajarlah daripada kesalahan tersebut dan berhati-hati agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Wujudkan Persekitaran Kerja Yang Baik

Hubungan baik antara rakan sekerja akan menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif. Malah, keadaan kerja yang tenang mampu membuat suasana kerja jadi menyenangkan.

Memahami Tugas dan Tanggungjawab Anda 

Anda harus memahami tugas dan tanggungjawab anda di pejabat. Jangan segan bertanya jika anda tidak pasti atau tidak tahu tentang tugasan yang diberikan.

Serius Tapi Santai 

Elakkan daripada berfikiran atau memberikan reaksi negatif tentang semua perkara. Walau bagaimana susahnya sesuatu tugasan itu, anda harus mengambil sikap tenang. Ambil serius tentang pekerjaan anda agar tugasan boleh diselesaikan dengan baik tanpa anda terasa terbeban memikirkannya.

Selesaikan Tugas ‘On Time’

Jangan membiasakan diri dengan menunda pekerjaan atau tugasan anda. Lebih elok jika anda selesaikan tepat pada waktunya. Ini membolehkan anda mempunyai waktu untuk berehat dan tidak tergesa-gesa nanti.

Berehat Sebentar 

Apabila merasakan tekanan dek kerja yang banyak, ambil masa sebentar untuk menenangkan diri dan bersenam bagi mengembalikan tenaga yang hilang. Pilih senaman ringkas yang sihat dan mampu mengembalikan semangat anda untuk kembali melakukan tugasan harian di tempat kerja.

Jalani Gaya Hidup Sihat 

Memakan makanan yang mempunyai nutrisi seimbang dan sihat akan membuatkan badan anda cergas dan bertenaga untuk menjalani aktiviti harian.

Sumber : Majalah Nona, Utusan.com.my, keluarga.com, blog & Google (gambar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pin It on Pinterest