Mommies yang tengah preggy ni mesti ada keinginan nak bergaya jugak kan sepanjang kehamilan. Takkan la nak selekeh je kan. Tambah pula orang cakap time preggy ni dia punya seri lain macam, so boleh la bergaya pakai cantik-cantik sikit waktu mengandung ni kan.

Tapi kan, bergaya bergaya juga, keselesaan diri dengan baby dalam perut kena ambil berat juga ya. Jadi, berbalik kepada tajuk di atas, Boleh Atau Tidak Pakai Seluar Ketat Ketika Mengandung? Hmm..

Bukan setakat tak selesa je bila pakai seluar ketat semasa mengandung ni, tapi sebenarnya banyak lagi keburukan lain yang banyak orang kurang tahu. Jangan cakap orang yang pakai je tak selesa, orang yang tengok pun rasa macam tak selesa. Betul tak?

Jadi, nak tahu tak kenapa tak boleh atau tak elok untuk pakai seluar ketat ketika mengandung ni? Jom baca sampai habis..

 

1. PARESTHESIA

Ibu hamil yang mengenakan pakaian ketat berpotensi mengalami paresthesia iaitu keadaan abnormal di mana seseorang mengalami rasa terbakar, geli, gatal, dan seperti ada sesuatu yang menjalar di kulit. Keadaan ini lebih kita kenal dengan sebutan sesemut.

Pada awal kehamilan, saluran darah akan mengalami pembesaran sebagai salah satu persiapan ketika volume darah meningkat, membawa oksigen dan nutrisi dari ibu ke janin melalui plasenta sewaktu kehamilan dalam fasa kedua dan ketiga.

Pakaian ketat dapat menyebabkan berlakunya masalah peredaran darah sehingga dan tidak langsung aliran oksigen dan nutrisi pun juga akan terganggu. Hal ini dapat menyebabkan janin kekurangan oksigen dan membuat denyut jantung tidak teratur atau lemah. Situasi ini tentunya akan membahayakan janin dan si ibu itu sendiri.

 

2. HEARTBURN

Memasuki fasaĀ kehamilan trismester ketiga, si ibu mungkin akan mengalamiĀ heartburnĀ yang menimbulkan rasa sesak dan panas pada bahagianĀ dada. Janin akan semakin besar lantas membuatkan rahim semakin memenuhi rongga perut dan akan menekan rusukĀ serta usus sehingga asid gastrikĀ lebih mudah naik dan akan membuatkan ibu hamil merasa mual. Pakaian terlalu ketat akan membuat si ibu lebih mudah mengalamiĀ heartburn.

 

 

3. TIGHT PANTS SYNDROME (TPS) DAN DEEP VEIN THROMBOSIS (DVT)

Tight Pants Syndrome memiliki masalah yang sama dengan heartburn, namun gejala TPS pada awalnya dimulai dengan sipmtom-simptom kesemutan, kekejangan sehingga mati rasa pada kaki. Jika hal ini dibiarkan dan si ibu tetap menggunakan pakaian ketat, maka akan menimbulkan gangguan aliran darah ke kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) yang menyebabkan terjadinya penggumpalan darah pada kaki dan membuatkan si ibu sulit untuk berjalan atau mati rasa pada kaki.

 

4. KANSERĀ MELANOMA

KanserĀ melanomaĀ adalah kanser kulit yang disebabkan sinar ultraviolet daripada sinaran cahaya matahari. Wanita dan ibu hamil yang mengenakan pakaian ketat atau pakaian yang terlalu terbuka, berpotensi mengalami kanser ini di bahagianĀ anggota tubuhnya yang terbuka.

Munculnya kanser ini dimulai dengan munculnya bulatan hitam pada kulit, atau tahi lalat. Kanser ini biasanya muncul di sekitar mata, kaki, betis dan akan menyebar ke seluruh tubuh. Akan bertambah parah saat kanser ini sudah menyerang darah, menetap di tulang, hati, bahagian dalam dada, perut, dan merosak ginjal yang menyebabkan air kencing berwarna hitam. Hal ini akan mengancam nyawa ibu dan janin.

 

Seluar Palazzo Muslimah INGIN PAKAIAN SELESA (1)

 

4. KEPUTIHAN

Penggunaan seluar yang ketat, membuat kulit sukar untuk bernafas, berpeluh dan menjadikannya bahagian yang subur untuk jamur berkembang pada vagina dan dapat menimbulkan jangkitan kumanĀ atau/dan keputihan. Bila tidak langsung dirawat, kumanĀ tersebut dapat naik ke rahim dan menyebabkan penipisan selaput ketuban yang akhirnya akan memecahkanĀ ketuban. Keadaan ini tentu tidak diinginkan di saat usia kehamilan anda masihĀ belum matang.

 

4. JAGA ADAB KETIKA HAMIL

Sebagai wanita Muslim, semua sedia maklum tidak kira lelaki atau perempuan wajib menutup aurat. Tambah-tambah lagi semasa tengah mengandung ni, sangat lah tidak manis jika berpakaian ketat dalam keadaan perut semakin membesar tu. Jangan terlalu nak ikutkan gaya ootd macam orang lain, sampaikan tuntutan Islam diketepikan. Tak salah nak bergaya semasa mengandung ni, tapi jangan lah jadi macam sarung nangka pula orang dulu-dulu cakap.

Kalau ibu-ibu rasa teringin jugak nak cantik & bergaya dengan cara yang betul yang menutup aurat, apa kata ibu-ibu pergi shopping dekat The Palazzo Expert. Macam-macam jenis ada & sesuai sangat untuk ibu-ibu mengandung gayakan dengan selesa. Jadi, harap terjawab lah ye kenapa ibu mengandung tak boleh pakai seluar ketat ketika mengandung šŸ™‚

 

Kredit : ohsemmama.com, makbuyong.com

 

 

Mencari seluar mengandung yang selesa & cantik untuk digayakan? Klik sini >> Seluar Mengandung Tamara <<

 

 

Like PAGE : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM : thepalazzoexpert

Please follow and like us: