Korang pasti teruja kan bila nak bercuti, namun dalam keterujaan tu kadang-kadang ada saja perkara yang sering terlupa dan tertinggal. Percutian yang menyenangkan dan berjalan lancar pasti saja meninggalkan kesan kenangan yang indah. Namun kurangnya persiapan, percutian yang sepatutnya menjadi hebat pasti menjadi hambar.  Jadi kali ini kami nak kongsikan sedikit tip bersama anda apa yang perlu dan tidak dibawa ketika beruci nanti.

TAPI tak semua barang yang uncle senaraikan ini perlu dibawa ya, ia bergantung kepada tempat yang anda nak pergi, berapa lama nak pergi, dan beberapa faktor lain yang uncle akan huraikan.

.

1) Dokumen2 penting ( boleh letak dalam sling bag / handbag)

Dokumen-dokumen penting ni tersangatlah penting ye bila nak pergi travel. Kalau terlupa memang masalah besar juga lah, hehe. Antaranya ialah :

  • Passport ( make sure ada copy; scan and email diri sendiri passport anda )
  • Boarding pass / Agoda booking hotel voucher
  • Itinerary
  • Duit yang dah siap ditukar
  • Debit kad / Kredit kad untuk emergency
  • Travel insurance ( jika ada )

.

2) Electronic items ( letak dalam bagpack / beg galas)

  • International adapter
  • Handphone + charger
  • Camera + charger ( kalau ada la ye, kalau xde boleh je guna camera handphone tu )
  • Extension plug ( in case kat hotel x cukup plug nak cucuk )

.

3) Toiletries ( bawa travel size, lebih mudah )

  • Berus gigi, ubat gigi
  • Pencuci muka , moisturizer
  • Sunblock
  • Body lotion
  • Deodorant
  • Perfume ( yg kecik je tau )
  • Mekap ( yg basic je : bedak, lipstik, eyeliner, blusher )
  • Tisu basah / tisu
  • Sanitizer

.

4) Pakaian / Baju

Oleh kerana bab pakaian ni ikut tempat dan musim yang korang nak pegi, better korang check weather forecast dulu eh. Tapi yang paling penting sekali, pakaian yang dibawa tu mestilah selesa, supaya tak mengganggu perjalanan percutian anda. Taknak lah vacation jadi spoil disebabkan tak selesa dengan pakaian yang dipakai kan. Lebih pakej kalau pakaian tu dapat memudahkan kita dan menjimatkan masa, contohnya pakaian yang ironless, sangat mudah dan sangat menjimatkan masa kan sebab kita dah tak perlu nk iron bagai, jimat masa jimat tenaga, hehe. Benda lain yang perlu dibawa selain baju dan seluar :

  • Telekung , sejadah , kompas , kain pelikat laki
  • Swimsuit , pareo
  • Selipar / kasut
  • Sunglasses ( kan nak pegi beach ni)
  • Untuk anak – anak jangan lupa pack juga.

Kalau baby kena amik kira susu, diapers, food, socks etc.

.

Mencari seluar yang cantik, selesa dan ironless untuk dipakai semasa travel? Klik sini > SELUAR IRONLESS YANG SELESA <

.

5) Medication / Ubat

Ubat-ubatan pun penting ya kalau-kalau terjadi emergency.

  • Panadol , Piriton ( ubat selsema )
  • Minyak Yu Yee, Vicks, minyak cap kapak
  • Charcoal pills & Damotil ( ubat cirit -birit )
  • Ubat kembung / angin, Primecon ( utk treat extra gassiness )

.

6) Makanan

  • Maggi mee
  • Bubur segera
  • Nescafe / milo / tea

.

Okay cukup setakat ni je yang admin mampu share. Semoga bermanfaat bagi semua yang rancang nak pergi travel ye 🙂

.

.

.

.

Kredit : sha.blogspot.my

.

.

Ibu ibu mengandung tak tahu nak cari mana seluar yang selesa untuk dipakai travel? Jangan risau, meh shopping dekat sini

> SELUAR MENGANDUNG SELESA DAN MUDAH DIPAKAI <

 

Please follow and like us: