.

KEHAMILAN adalah momen yang sangat indah, jadi memang lumrah setiap ibu mesti teruja nak membeli barang-barang keperluan bayi. Awal-awal lagi dah buat senarai barang. Ibu memang terlalu excited jika dibandingkan dengan kaum bapa nie 🙂 Siap ada yang sedia satu buku kecil untuk barang keperluan bayi sahaja. Dalam buku tu, kita boleh buat budget untuk setiap barang-barang jika barang tu agak mahal. Sediakan list apa nak beli, berapa kena beli, dan sebagainya. 🙂

Jika anda belum lagi membuat checklist untuk memastikan anda tidak tertinggal apa-apa barang yang perlu disediakan untuk bayi atau si kecil itu, senarai ini boleh membantu anda.

Barang apa yang penting sangat yang mesti ada sebelum bayi kita lahir lagi?

 

1. Pakaian newborn

Pakaian bayi memang kena sediakan sebelum lahir. Nak pakai apa pulak nantikan kalau baju takde. Tapi, jangan beli banyak-banyak baju newborn sebab anak kita cepat membesar. Cukuplah sekadar stok baju untuk seminggu. Risau kalau-kalau kita beli banyak-banyak, nanti tak terpakai dan takut dah tak muat.

2. Sarung kaki dan tangan

Sarung tangan dan sarung kaki boleh beli banyak sebab kita akan selalu pakai dan selalu tukar. Selain itu, kaki dan tangan mereka takkan membesar dengan cepat, jadi boleh pakai lama.

3. Pampers / Cloth Diapers    

Pampers pun kita perlu banyak, terutamanya di minggu pertama kelahiran mereka. Ini adalah kerana mereka akan selalu buang air besar. Kadang-kadang sehari sampai 6 kali tukar pampers. Bayi kita akan keluarkan najis kromium yang warna hitam atau hijau gelap dan ianya sangat melekit. Kena bersihkan cepat.

4. Baby wipes

Baby wipes bukan hanya digunakan untuk mencuci najis baby, tapi banyak lagi kegunaannya, seperti lap muntah di baju atau di tilam, lap susu yang tumpah dan sebagainya. Memang sangat berguna baby wipes untuk kegunaan harian kita.

5. Bedung 

Kalau tak nak beli bedung, boleh juga kain lampin ataupun kain batik je. Senang. Besar pun besar. Tak payah nak beli mahal-mahal 🙂

6. Barut

Barut ada 2 jenis. Satu jenis barut kita selalu tengok, yang ada 3 tali tu. Yang lagi satu jenis adalah barut gantung. Kalau nak lebih selesa pakaikan anak dengan barut gantung sebab lagi selesa dan mudah untuk baby.

7. Topi  

Kalau ikut orang tua-tua, kepala bayi memang kena tutup selalu supaya tak masuk angin dan kepala mereka tidak sejuk. Sebab tu la kkena ada topi. Selain pakai di dalam rumah, masa keluar rumah (lepas habis pantang) pun kena pakai.

8. Napkin / Kain Lampin

Boleh guna untuk bedung baby masa awal2 kelahiran, dan boleh juga guna untuk lap-lap badan anak kalau kotor terkena muntah. Kalau tak nak beli kain lampin, ibu-ibu digalakkan untuk membeli kain sapu tangan yang kecil-kecil tu untuk tujuan yang sama.

Fesyen Seluar Mengandung - Muslimah

9. Tempat tidur

Tempat tidur nie tak kisah la sama ada kot baby, buaian, ataupun setakat tilam dan bantal (bagi yang tidur atas lantai la). Ikut keselesaan ibu dan ayah. Kalau memang ada budget lebih, eloklah beli kot baby kerana lebih selamat.

10. Tilam dan bantal

Kebiasaannya, tilam dan bantal adalah kemudahan di ruang tamu sebab kita akan banyak berada di ruang tamu berbanding bilik tidur. Jadi, eloklah jika ada tempat untuk kita meletak bayi kita semasa berada di ruang tamu. Takde la nanti tak perasan bayi kita di mana kan 🙂

11. Selimut

Bayi seeloknya di selimut selalu supaya badan mereka tak sejuk. Badan anak kita belum cukup lemak lagi untuk menyerap haba untuk memanaskan diri sendiri.

12. Tuala mandi

Bayi mestilah mempunyai tuala sendiri. Jangan kongsi tuala dengan adik beradik yang lain kerana kulit mereka masih lembut dan sensitif.

13. Barang ‘make-up’ baby

Make-up nie bukanlah make-up macam kita nie, make-up mereka tu macam bedak, losyen, minyak telon, dan seangkatan dengannya. Barulah wangi lepas mandi.

14. Termometer

Termometer nie adalah sebagai persediaan kecemasan sebab kita bukannya boleh jangka bila anak kita akan demam. Eloklah kita simpan 1 termometer di rumah kalau-kalau tiba-tiba suhu anak kita meningkat.

15. Tub mandian

Tempat mandi bayi sangat diperlukan diawal-awal kelahiran mereka. Bayi kita tak boleh berdiri sendiri lagi untuk kita mandikan macam budak yang dah besar. Ia adalah demi keselamatan mereka semasa mandi.

16. Kelambu

Kelambu pula amat penting kalau kita jenis duduk rumah kampung terutamanya untuk mengelakkan anak kita dari digigit nyamuk.

17. Toiletries

Alatan mandian seperti sabun dan shampoo kenalah ada awal-awal. Tak payah kelam kabut nak beli nanti. Recommended guna hear-to-toe wash je, senang sebab satu botol yang merangkumi semua.

18. Botol Susu

Masa kita dalam pantang, kita dah bolehlah melatih anak kita untuk minum susu dari botol sebagai persediaan nak hantar ke rumah pengasuh nanti. Takde la nanti anak kita kekok untuk minum susu dari botol. Sebab tu la, kita perlu sediakan sekurang-kurangnya 3 botol kecil di awal-awal kelahiran anak kita.

19. Tikar Getah

Tikar getah adalah untuk salin pampers anak, tak kiralah sama ada kencing ataupun buang air besar. Senang ada tikar getah bayi nie sebab tempat lain tidak akan kotor dengan najis anak kita dan badan anak kita pun terjaga dari kotoran-kotoran dari lantai.

Inilah antara barang-barang yang penting untuk disediakan seawal mungkin supaya tiada yang tertinggal. Pastikan semua barang-barang keperluan bayi ada sebelum pergi hospital dan pastikan semuanya tersusun cantik untuk memudahkan proses pencarian di kemudian hari.

 

Kredit : ummuzuhayr

 

>>IBU-IBU MENGANDUNG, JOM LIHAT ‘SKIRT MAGIC’ INI, SANGAT SELESA DIPAKAI SEMASA MENGANDUNG & KETIKA BERPANTANG <<

 

Like PAGE : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM : @thepalazzoexpert

Please follow and like us: