Kebanyakan kita pasti berasa sangat teruja bila disahkan hamil. kan? 🙂

Tapi pada masa yang sama, mungkin ada antara kita yang rasa tidak begitu pasti hendak menyarung pakaian mengandung yang bagaimana, tambahan nanti bila perut dah makin membesar, nak pakai baju / seluar yang bagaimana…muat ke, tak ketat ke nanti, baby selesa ke dalam perut. Pasti ada pelbagai pertanyaan bermain di fikiran.

Untuk topik kali ni, kami akan kupas pelbagai rekaan fesyen menarik, khusus untuk SELUAR ibu mengandung. InsyaAllah lepas ni kami akan kongsi pula topik feseyen baju/blouse mengandung. Jangan lupa subscribe tau 😉

Jom kita tengok pelbagai rekaan FESYEN SELUAR MENGANDUNG yang ada…

Secara umumnya, pemilihan seluar yang tepat semasa mengandung mampu memberikan keselesaan kepada para ibu hamil. Oleh itu, anda boleh memilih jenis-jenis seluar yang dipaparkan di bawah.

 

SELUAR JEANS & SELUAR KHAKI 

SEDIKIT INFO TENTANG SELUAR JEANS & KHAKI :

Biasanya saat kehamilan, ibu hamil tidak boleh menggunakan seluar jeans/khaki. Kerana bahannya yang terlalu padat dan panas sehingga meenyebabkan sesak pada perut. Namun hal itu sekarang sudah tidak berlaku lagi, sekarang ni banyak seluar jeans/khaki yang disediakan khas untuk ibu hamil dengan bahan lembut di bahagian perut dan pinggul.

SELUAR PALAZZO

SEDIKIT INFO TENTANG SELUAR PALAZZO :

Seluar ‘palazzo’ juga dikenali sebagai seluar kaki lebar. ‘Palazzo’ atau seluar lebar ni sangat diminati kerana gayanya yang terlebih ciri-ciri kewanitaan, kena lah dengan wanita mengandung yang seeloknya menunjukkan ciri-ciri kewanitaan dan sopan, lebih-lebih lagi wanita Muslim.

 

SELUAR LEGGING

SEDIKIT INFO TENTANG SELUAR LEGGING :

Menggunakan legging mengandung ketika mengandung memang nyaman dan terasa ringan, tetapi pilihlah legging yang khusus untuk ibu mengandung. Agar anda boleh menggunakannya hingga fasa kehamilan yang terakhir.

Inilah di antara fesyen-fesyen seluar mengandung yang terkini. Anda boleh pilih mengikut keselesaan anda sendiri.

BONUS !!! BAGAIMANA MEMILIH SELUAR MENGANDUNG YANG BAGUS?

 

Nak beli seluar mengandung ni tak boleh main beli jer tau, ada ciri-cirinya yang perlu kita teliti supaya si ibu dan baby dalam perut rasa selesa. Jadi jom kita tengok apa ciri-ciri yang perlu ada pada seluar mengandung yang bagus dan berkualiti, supaya ibu-ibu tak salah memilih.

 

#1 KAIN SELESA & SEJUK

Bila dah berbadan dua ni, badan kita akan jadi cepat letih dan kuat berpeluh kan. Jadi sebolehnya pilih material seluar yang menyerap peluh. Kalau tak habis lencun peluh celah kangkang. Sebaiknya pilih material soft cotton.

 

#2 PILIH SAIZ YANG BETUL

Bab saiz ni kena pandai pilih. Jangan terlajak pilih pulak. Takut nanti lepas bersalin seluar tu tak boleh pakai dah sebab dah besar. Jadi pilih saiz yang sebaiknya supaya nanti lepas bersalin boleh dipakai lagi. Tak la membazir seluar tu nanti kan.

 

#3 YANG MEMUDAHKAN PERGERAKAN

Maklum la bila berbadan dua ni, nak berjalan nak bergerak pun susah je kan. Jadi, sebaiknya pilih lah seluar yang memudahkan pergerakan kaki anda, yang bukaan kakinya luas supaya anda tidak berasa rimas seluar melekat di kaki.

Fesyen Seluar Muslimah Mengandung Preggy Mum Stretching

#4 AURAT-FRIENDLY ( BAGI WANITA MUSLIM )

Sebagai wanita Muslim, kena lah jaga pakaian pemakaian jaga aurat, tambah pulak tengah mengandung, perut makin membesar. Sangat lah tak manis kan kalau pakai seluar yang ketat semasa sedang mengandung ni. Sebaiknya pilih lah seluar yang aurah friendly supaya aurat tetap terjaga disamping berfesyen.

Fesyen Seluar Mengandung - Muslimah

 

#5 LABUH SESUAI DENGAN TINGGI ANDA

Tengah mengandung ni, berdiri pun kadang jadi tak berapa nak balance kan. Untuk langkah keselamatan, pilih lah seluar yang labuhnya ngam elok dengan tinggi anda – yang tak labuh sangat dan tak singkat sangat. Yelah kalau terlebih labuh nanti takut terpijak seluar tu pulak, bahaya tu.

 

#6 YANG MULTIPURPOSE

Supaya tak membazir perlu beli banyak jenis seluar mengandung, satu untuk casual-wear satu untuk office-wear dll. Pilih seluar yang multipurpose, yang sesuai dipakai untuk casual-wear dan jugak untuk formal / office-wear sekaligus. Jimat duit tak perlu nak beli banyak-banyak jenis, satu je dah sesuai untuk semua tempat dan bila-bila masa saja.

 

Akhir sekali, hamil bukan bererti anda menghilangkan kebiasaan untuk tampil biasa saja bukan? Gunakanlah seluar mengandung yang sesuai dengan keinginan anda tetapi tetap mengutamakan keselesaan. Harap perkongsian artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu Mummies semua ya 😉

Jika anda rasa artikel bermanfaat, jangan lupa SHARE kepada kawan-kawan ye.  🙂

Kredit : BabyCenter, PaMa, Makbuyong, Mamaway

 

Anda nak tak seluar mengandung yang ada SEMUA CIRI-CIRI BAGUS di atas? Jom tengok di sini >> SELUAR MENGANDUNG SELESA <<

 

Like PAGE : The Palazzo Expert / Comfy Wear by The Palazzo Expert

Follow INSTAGRAM : thepalazzoexpert

Please follow and like us: